Rasa Nanie
Friday, June 24, 2016
KEK MARBLE MARBELES
KEK MARBLE MARBELES
Bahan2
250 gram butter scs
1 1/2 cawan gula castor
4 bj telur
2 1/2 cawan tepung superfine
1 sudu kcl baking powder
1 cawan susu segar
1 penutup esen vanilla
1 sudu bsr serbuk koko bancuh dgn 1 sudu air panas
2 lg pewarna yg disuka sama ada merah atau hijau
CARA:
1. Panaskan oven 140c.
2. Sediakan loyang pembakar ..alas dgn baking sheet dn lenser dgn sedikit butter, tabur sdikit tepung.
3. Ayak tepung dgn baking pwdr ...ketepikan.
4. Pukul butter dn gula sampai betul2 gebu dn putih.
5. Masukkan telur satu persatu smbil terus putar hingga gebu.
6. Masukkn esen vanilla.
7, Masukkan tepung sedikit2 berselang seli dgn susu. Kaup balik guna spatula pelan2 satu arah.
8. Bahagikn adunan td kpd 3 mangkuk.... plain, coklat, merah atau hijau
Bagi yg suka pd kek marble original iaitu hanya dua kaler je iaitu plain dn coklat bole lah bahagikn pd dua magkuk adunan je lah .
9. Tuang sesudu bsr adunan plain dulu di tengah2 loyang (tak perlu ratakn) kemudia tuang pula sesudu adunan coklat diikuti pula adunan warna yg lain.
Buatlah begitu selang seli hingga habis.
Sebelum masuk dlm oven hentakkn dulu loyang 3 kali pelan2.
Bakar pd suhu 140c selama 1 jam atau hingga msk ( dicucuk dgn lidi bersih tak melekat)
Sepanjang mase membakar tu jgn lah selalu buka pintu oven..(bole dibuka utk cucuk lidi setelah 45 minit bakar)
Setelah kek masak kuarkn dn biar sbentar sblom diterbalikn dn kuarkn dr loyang diatas redai.
Selamat mencuba..in shaa Allah puas hati kek lembut dn lembab.
Nota:
Pukul butter dn gula hingga btul2 putih dn ringan
Begitu juga ketika pukul telur pastikan hingga btul2 gebu. jgn skjp sgt.
Tapi bila mula masuk tepung tak bole lama2 just guna spatula..gaul pelan2 kaup balik satu arah je
KUIH LOMPANG
KUIH LOMPANG WARNA WARNI
1. 2 1/2 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung ubi
3. 2 sudu tepung jagung
4. 1 cawan gula pasir
5. 4 cawan air ( 2 cawan utk dimasak bersama gula)
6. 2 helai daun pandan
7. sedikit esen rose
8. beberapa pewarna yg kita suka
9. alat pengukus
10. acuan lompang
CARA:
Susun acuan lompan dlm alat kukusan.
Panaskn air kukusan..biarkn acuan itu panas dlm kukusan. (inilah tips menjadikan kuih lompang itu berlobang ditengah2)
Ayak kesemua jenis tepung td dlm satu bekas .
Sementara itu masak gula bersama 2 cawan air dn daun pandan hingga gula larut. Ketepikn..
Tuang lg 2 cawan air kedlm air gula.kacau2.
Bila air gula dah agak sejuk tuang sedikit2 dlm tepung...pukul dgn whisk hingga adunan tidak berketul2.
Bubuh esen rose.
Tapis adunan. Bahagikan adunan pd beberapa mangkuk dn bubuh warna setiap satu.
Tuang lah setiap adunan warna tepung td dlm acuan yg telah dipanaskn .
Kukus lah sehingga msk
Nota:
penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain supaya air wap kukusan tidak menitik pd kuih.
Saturday, May 16, 2015
SOTONG SAMBAL KUINI (KUININ)
Sotong masak sambal kuini.
Bahan2nya
Sotong basah,,siang buang dakwat hitamnya dn dibersihkan.
Sebiji buah kuini (dikupas kulit dn cincang memanjang)
Sedikit jus limau kasturi.
Cili hidup merah dan sedikit cili api
Bawang putih
Bawang besar dibelah tengah dan hiris
Sedikit belacan
Garam dn gula
Cara:
Goreng sotong dlm kuali dgn sedikit minyak sekejap saja.
Angkat sotong bubuh dlm mangkuk. Buang minyak yg telah nercampur air sotong td.
Bubuh minyak baru dlm kuali...
Goreng cili hidup merah dn cili api serta bwang putih dn belacan.
Angkat bahan2 td dn tumbuk hingga agak lumat.
Tumis bahan tumbuk td dlm kuali hingga garing dn bubuh sedikit garam dn gula.
Masukkan bawang potong td, gaul rata.
Buah kuini dikopek kulit dn potong halus2 memanjang buah kuini itu
Masukkan sotong tadi gaul2 rata.
Akhir sekali masukkam kuini yg telah dipotong2 panjang td, gaul rata.
Masukkan sedikit jus limau kasturi, gaul.
Masak sekejap saja.
Siap utk dihidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)