Friday, September 20, 2013

MINI PAVLOVA





MINI PAVLOVA

BAHAN2NYA;

4 BIJI TELUR PUTIH

1 CAWAN GULA CASTOR

1 SUDU KCL CUKA

1 SUDU KCL CREAM OF TARTAR

1 SUDU BSR TEPUNG JAGUNG


CARA;

1.  PANASKAN OVEN.120c. SEDIAKAN PAPERCUP.

2.  PUKUL TELUR PUTIH DLM MANGKUK MIXERYG BENAR2 KERING DAN BERSIH.

3.  MASUKKAN GULA CASTOR SEDIKIT DEMI SEDIKIT. PUKUL HIGGA KEMBANG DN GEBU

4.  MASUKKAN CREAM OF TARTAR DN TEPUNG JAGUNG. PUKUL DGN KELAJUAN TINGGI.

5.  PASTIKAN ADUNAN BETUL2 GEBU IAITU APABILA MANGKUK DITERBALIKKAN IA TIDAK TUMPAH.

6.  MASUKKAN DLM PIPING BAG YG DIBUBUH NOZEL BINTANG.

7.  PICITKAN DLM PAPERCUP. BAKAR SELAMA 1 JAM 20 MINIT DGN SUHU DITURUNKAN PD 100c.

8.  SETELAH CUKUP MASE TUTUP SUIS DN BIAR IA DIDLM OVEN SELAMA LBH KRG 30 MINIT.

KELUARKAN DR OVEN DN BIAR IA SEJUK SEPENUHNYA BARULAH BOLE DIPIPEKN CREAM DIATASNYA.


200 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY

1 SUDU KCL ESEN VANILLA

PUKUL  KEDUA BAHAN  HINGGA KENTAL DN XPERLU GULA KERANA IA DAH MANIS.

BUBUH DLM PIPING BAG DN BOLE LAH DIPICIT ATAS SETIAP PAVLOVA TD.

HIAS LAH DGN POTONGAN BUAH SEGAR SPT STRAWBERRY, KIWI ATAU ANGGUR ATAU PEACH.




TIPS:

SEELOKNYA JGN DIBUBUH CREAM DULU DIATAS PAVLOVA. SIMPAN DULU DLM FRIDGE.

APABILA HENDAK DIHIDANG PD TETAMU ATAU CUSTOMER NK DTG AMBIL ORDER BARULAH BOLE DIPIPE CREAM DN DIBUBUH BUAH2AN PD PAVLOVA ITU.. INI UTK MENGELAKKN CREAM ITU ROSAK OLEH LELEHAN AIR DR BUAH2 SEGAR ITU.




Wednesday, September 18, 2013

KEK OREN BERKRIM MELELEH....



 RESEPI KALI INI ORANGE CAKE/KEK OREN.


KEK OREN...DGR PUN MACAM BIASE JE..XDE YG MENARIK DN TERTARIK KN? TP CUBELAH RESEPI INI INSYAALLAH MENEPATI CITARASA..LEBIH2 LG APABILA DITOPPING DGN CREAM CHEESE MELELEH...RASANYA MACAM VANILLA ICE CREAM..NYUM NYUM!!!!


BAHAN2;

2 CAWAN TEPUNG KEK

1 CAWAN GULA CASTOR

1 CAWAN MINYAK JAGUNG

4 BIJI TELUR

3 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS

3/4 CAWAN FRESH ORANGE JUICE ATAU JUS DARI 2 BIJI BUAH OREN SUNKIST

SEDIKIT ORANGE ZEST DR SEBIJI OREN  ( parutan kulit oren tp jgn smpi terkena bahgian putih buah oren )



CARA;

1.  AYAK TEPUNG KEK DAN GAULKAN DENGAN ORNGE  ZEST, KETEPIKAN SEBENTAR.

2.  DALAM MANGKUK MIXER PUKUL TELUR HINGGA KEMBANG, MASUKKAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT. PUTAR LAGI HINGGA PUTIH GEBU.

3.  MASUKKAN SUSU PEKAT DAN MINYAK JAGUNG..PUTAR LAGI DALAM 5 MINIT.

4.  PERLAHANKAN MIXER, TUANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT TEPUNG KDLM DISELANG SELI DGN ORANGE JUICE.

5.  STOP MIXER, GAUL ADUNAN PERLAHAN MENGGUNAKAN SPATULA..GAUL RATA SEKEJAP SAJA . TUANG DALAM DUA LOYANG KECIL YG BERUKURAN SAMA. PASTIKAN SAMA RATA TIAP SATU ADUNAN KEK YG DITUANG ITU.
ANDA BOLE JGK MENGGUNAKAN HANYA SATU LOYANG BERUKURAN 8" KEMUDIAN NANTI DIPOTONG DITENGAH2NYA UTK DISAPU KRIM.

6.  BAKAR HINGGA MASAK .





CREAM CHEESE MELELEH (cream cheese frosting)

BAHAN;
JAM RASPBERRY ATAU JEM STRAWBERRY DICAMPUR DGN JEM BLUEBERRY

1.   1 KOTAK CREAM CHEESE PHILLADELPHIA ATAU 1 BGKS TARTURA ( BIAR DLM SUHU BILIK KIRA2 STGH JAM SBLUM KITA MULAKAN PROSES MEMBUAT KRIM)

2.   1 CAWAN WHIPPING NON DAIRY CREAM

3 .   1/2 CAWAN SUSU PEKAT

4.   1 CAWAN FRESH MILK

5.  1/2 CAWAN WHIPPING CREAM 

6.  1 SUDU KECIL VANILLA ESSENCE

PUKUL CREAMCHEESE ( bahan no 1) HINGGA LEMBUT DLM MANGKUK MIXER , MASUKKAN BAHAN ( 2 )  DN ( 3 ) PUKUL HINGGA BTUL2 GEBU.

AMBIL 3 SUDU CREAM YG DAH JADI GEBU ITU, BUBUH DLM MANGKUK KECIL. GAULKAN DGN 2 SUDU JEM RASPBERRY , GAUL RATA DN KETEPIKAN SEBENTAR.
BAHAN INI ADALAH UTK DISAPU PD TENGAH2 KEK. KALAU ANDA NK BUAT DUA TIGA LAYER KEK BOLE LAH LEBIHKAN KRIM DN JAM TD.

UTK CREAM MELELEH PULA, LEBIHAN CREAM DLM MANGKUK MIXER TD KITA MASUKKAN BAHAN (4 ) , (5 ) & ( 6 )   DN DI PUTAR LG LBH KURANG 2 KE 3 MINIT, STOP MIXER.

SIMPAN SEBENTAR CREAM DLM FRIDGE SEBELUM DI TOPPING ATAS KEK.

CREAM FROSTING NI MEMANG KITA BUAT TIDAK PEKAT SPT YG BIASE KITA LIHAT PD KEK2 BDAY ATAU WEDDING CAKE. SELALUNYA JARANG YG SUKA MAKAN CREAM DIATAS KEK TU KN? JADI CUBA LAH BUAT CREAM NI YG RASANYA SPT ICE CREAM DN LBH AGAK MELELEH.. YG PASTINYE KANAK2 JGK MENGGEMARI CREAM INI. ALA2  ICE CREAM SAUCE GITUU...

OK BERBALIK PADA KEK TADI....

BILA KEK DAH MASAK, SEJUKKAN SEBENTAR. SETELAH DISAPU CREAM RASPBERRY DITENGAH2 KEK, LETAK SATU LG KEK DIATASNYA, 
TUANG CREAM FROSTING DIATAS KEK.. TAPI SEBELUM ITU KEK TU HENDAK LAH DILETAK DIDALAM PINGGAN ATAU BEKAS YG BOLE BERTAKUNG CREAM YG AKAN MELELEH TU NANTI..( TAK BOLE ATAS CAKE BOARD) 

KEK INI LEBIH  PD UTK MKN SENDIRI...

HIASLAH MENGIKUT KREATIVITI ANDA. BOLE JGK DIPIPE DGN CHOCOLATE GANACHE.


SELAMAT MENCUBA!!!!






















Wednesday, September 11, 2013

ROTI MANIS / ROTI NAIK & DONAT BERINTI VANILLA CREAM.

Begitu lama menyepi..xde sbb lain selaindari penyakit malas melanda..tp membaking tetap berjalan terus..hihihi..
Saya nak kongsi resepi roti manis yg dah bnyk kali buat pun..dan pasti anda semua jgk pnh buat..
tp utk tidak lupe sengaja saya simpan resepi disini . tapi walau dah beberapa kali buat pun kdg2 kurang menjadi juga...practise makes perfect..InshaaAllah..
Jom kita tgok bahan2nye..yg mana ade jgk saya google beberapa blogger punya resepi..kita share sama2 ye..



BAHAN2;

BAHAN (A)

400 grm BREAD FLOUR OR HIGH PROTEIN FLOUR
3 SUDU BSR BUTTER
2 BIJI TELUR
2 SUDU KECIL BREAD IMPROVER
2 SUDU BSR SUSU TEPUNG
2 SUDU BSR HORLICKS
2 SUDU BSR SUSU PEKAT
3 SUDU BSR GULA CASTOR
1/2 SUDU KCL GARAM HALUS
1/2 GELAS AIR SUAM

BAHAN (B)

1 PEKET YEAST MAURIPAN
1/2 CAWAN/MUG AIR SUAM (suam2 kuku)
1 SUDU KCL GULA
KETIGA2 BAHAN INI DIGAUL DLM CAWAN DN BIAR SEBENTAR UTK IA BERTINDAK.

CARA2 ;

1. MULA2 KITA SEDIAKAN BAHAN B.
    SEMENTARA BAHAN B BERTINDAK IAITU NAIK BERBUIH..KITA SEDIAKAN BAHAN A.  JIKA YIS BAIK IA AKAN CPT BERTINDAK TP JIKA IA TIDAK MENUNJUKKN APA2 PERUBAHAN BERERTI YIS ITU TIDAK ELOK MGKIN DAH EXPIRED..BUANG SAJA . KITA X BOLE TERUSKAN PROSES MEMBUAT ROTI KALAU YIS TIDAK ELOK. KALAU TERUSKAN JGK ROTI TU AKAN JD BANTAT (x naik).

2. DIDALAM MANGKUK MIXER KITA SATUKAN KESEMUA BAHAN A MELAINKAN AIR SUAM.

3. PUTAR MENGGUNAKAN PEMUTAR DOH / ROTI. KESEMUA BAHAN..MASUKKAN BAHAN B (YIS).

4. TUANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT AIR SUAM. PUTAR LAGI.

5. PUTAR SEHINGGA IA AGAK LICIN..PUTAR AGAK LAMA SIKIT SUPAYA TEKSTUR DIA LBH HALUS.

6. SETELAH PUASHATI..STOP THE MACHINE..BULATKAN DOH MENJADI BOLA YG BESAR. SAPUKAN SEDIKIT MINYAK DALM MANGKUK ADUNAN, LETAK DOH DN TUTUP DGN TOWEL BERSIH. BIARKAN IA NAIK SEKALI GANDA KIRA2 SETENGAH JAM.

7. BILA DOH DAH NAIK KITA TUMBUK DOH ITU (PUNCH) ULI2KN SEKEJAPDN BULAT2KN SEBESAR BOLA GOLF ATAU IKUT LA BSR MANA ANDA SUKA, BAHAGI2KN DOH MENJADI BEBERAPA BIJI BOLA GOLF YG MUAT UTK DILETAKKAN DLM LOYANG PEMBAKAR.

8. BUBUH DOH BUALAT2 TD DLM LOYANG PEMBAKAR SECARA RAPAT2. KETIKA INI  KITA BOLE BUBUH INTI APA2 JE YG KITA SUKA DIDLMNYA..ATAU KITA SUKA IA KOSONG DN DISAPU JAM ATAU KAYA SETELAH DIBAKAR..TERPULANG PD CITARASA SENDIRI.

9. BIARKAN DOH TD BERTUTUP DGN TOWEL SBNTR KIRA2 30 MINIT..BILA IA TELAH NAIK..SAPUKAN DIATASNYA DGN EGG WASH (TELUR KUNING DN SEDIKIT SUSU SEGAR YG DIKOCAK DGN GARFU). BOLEH DITABUR DGN GULA ATAU BIJAN ATAU COKLAT ATAU APA2 SAJA YG KITA SUKA.

10. BAKAR HINGGA KEKUNINGAN DIATASNYA DN APABILA DICUCUK DGN LIDI IA BERSIH MENANDAKAN IA MASAK DN BAIK. BOLE JGK BIAR IA AGAK GARING SIKIT DIATAS. TP JGN SMPI HANGUS DIBWHNYA..







INI HASILNYA ..


BOLEH DISAPU KAYA ATAU JAM ATAU BUTTER..
RESEPI YANG SAMA JGK BOLE KITA BUATKAN DOUGHNUT BALLS BERINTIKAN VANILLA CREAM.


RESEPI VANILLA CREAM

1 CAWAN SUSU SEGAR
1 SUDU KECIL ESSEN VANILLA
1 BJ KUNING TELUR
30 GRM GULA CASTOR
20 GM TEPUNG JAGUNG

DIDHKANSUSU SEGAR.
DALAM SATU BEKAS PUKUL TELUR DN GULA HINGGA SEBATI, MASUKKAN TEPUNG JAGUNG DN GAUL RATA.
TUANG SEDIKIT SUSU YG DIDIHKN TD DN GAUL RATA LAJU2 SUPAYA X BERKETUL..
TUANG KEDALAM BAKI SUSU SEGAR TD DAN PANASKN SMULA ATAS API KECIL.
GAUL GUNA WHISK LAJU2..
MASAK JGN TERLAU PEKAT SGT..KALAU PEKAT SGT BOLE BUBUH SIKT LG SUSU.
RASA MANISNYA..KALAU SUKE LBH MANIS BOLE TAMBAH GULA.

ALIHKAN DALAM MANGKUK, DAN TUTUP DGN CLING WRAP. SEJUKN SEBENTAR.
ISI DLM PIPING BAG YG TELAH DIBUBUH NOZEL BERMUNCUNG TIRUS UTK MUDAH DIPIPE DLM DONUT.

DONUT INI BOLE DIBUAT SAMA ADA BAKAR ATAU DIGORENG.


AMBIL SEBIJI DONUT, TOREH SEDIKIT DGN PISAU KECIL, CUCUK KEDLM PISAU ITU UTK RUANG DIISI VANILLA CREAM ITU NANTI.

PICIT CREAM YG TELAH DIISI DLM PIPING BAG KEDLM BHGIANDONUT YG BERTOREH DGN PISAU TD.
BUAT HINGGA HABIS SEMUA DONUT.

BOLE DICELUP PD COKLAT GANACHE ATAU APA2 JUGA YG KITA SUKA SPT YG TERDPT DLM GMBR INI.


SELAMAT MENCUBA.!!!!