Friday, July 13, 2012

SHEPHERD PIE

 BAHAN2NYA:
1)  kentang - kupas dan rebus hingga empuk kemudian lenyekkan ketika masih panas.
2)    susu segar
 3)   sedikit butter
 4)   garam
  5)  serbuk lada hitam

Ketika kentang yg telah dilenyek masih panas, masukkan butter, gaul rata, tuang sedikit susu, secubit garam dan lada hitam. Gaul rata. rase dulu jika dah puashati.. ketepikan sebentar.               

INTI:
1)  Daging cincang

 2) cendawan butang

3)  carrot - disagat

4) bawang besar di potong dadu

5) bawang putih cincang

6) daun sadri hiris2

7) mushroom sup (campbell) setengah tin saje, bole jgk dihabiskan 1 tin. no problemo.

8) sedikit cili api (ikut suka jika mahu pedas) kalau xnk pedas pun xpe.

9) sedikit tepung gandum ( lbh krg 3 sudu)

10)  sesudu kecil rosmary

11)  sesudu kecil thyme

12)  kiub pati ayam

13)  serbuk lada hitam


14)  Mozzarella cheese/ parmesan cheese(shredded)

15) 3  bj telur dikocak dlm sebuah mangkuk kecil.



Tumis daging cincang dgn sedikit olive oil hingga ia agak kering.

Masukkan bawang dn bwg putih, gaul rata.

Masukkan juga carrot yg telah disagat dan juga daun sadri (daun sup) juga cili api.

Bubuh tepung sedikit2 diikuti air.

Tuang mushroom sup, gaul rata kesemuanya.

Bubuh lada hitam.

Bubuh rosmary dan thyme kedlm. gaul rata.

Tak perlu bubuh garam kerana mushroom sup dan kiub pati ayam dah pun masin.

Kepekatan nya terpulang masing2.(jgn lah kering sgt)


Kuantiti bahan ikut lah bnyk mana yg anda suka.






 Loyang atau caserrole hendaklah disapu sedikit marjerin.

Tuang sebahgian kentang lenyek kedalam loyang dan ratakan.


 Bubuh kesemua inti daging keatas kentang lenyek td.



Tuang baki kentang lg keatas inti itu dan ratakan.
Jirus telur yg telah dikocak keatas nya. (jirus ratakeseluruh permukaan kentang itu) Kalau x mo taruk telur pun xpe,,

Bakar hingga agak kekuningan.

Keluarkan sebentar dari oven, tabur mozzarella cheese keserata permukaan kentang itu lalu dimasukkan semula kedalam oven.

Bakar lg sehingga ia agak kuning dan garing dan cheese nya cair.

 Begini lah hasilnya..



No comments:

Post a Comment