Thursday, November 29, 2012
APAM POLKADOT LADY BIRD N STRAWBERRY
UNTUK ANAK2 IBU ATAU ANAK2 SAUDARA YG INGIN NAK CUBA BUAT SENDIRI APAM POLKADOT NI..MEH TGOK RESEPI NI SAMA JE SPT RESEPI SEBELUM INI TP BILA DAH BNYK KALI BUAT IBU DAH TAHU APA TIPS2 YG PERLU KITA IKUT UTK MENDAPAT APAM YG CANTIK DAN GEBU DAN X BNYK JERAWAT LOBANG2. ITU LAH ANTARA PROBLEM YG SERING KITA HADAPI BILA BUAT APAM POLKADOT NI..
MULAKAN DGN BISMILLAH..
SEDIAKAN PENGUKUS. PANASKAN AIR KUKUSAN.
BAHAN2NYA
3 BIJI TELUR ( SEJUK DARI DLM FRIDGE)
2 SUKU CAWAN TEPUNG SUPERFINE ATAU TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA CASTOR
1 CAWAN SUSU SEGAR ATAU SUSU CAIR
3 SUDU KECIL BAKING POWDER AYAK BERSAMA TEPUNG TADI.
1 SUDU KECIL OVELLETE
1 SUDU KECIL ESEN ROSE ATAU ESEN VANILLA
BEBERAPA PEWARNA YG KITA SUKA.
BLUEBERRY ATAU STRAWBERRY FILLING ATAU APA JE FILLING YG KITA SUKA .FILLING INI BOLE KITA DAPATI DI KEDAI MENJUAL BAHAN MEMBUAT KEK. BUBUH FILLING DLM PIPING BAG YG KECIL UTK MEMUDAHKN KERJA MENGISI INTI DLM PAPERCUP NANTI.
CARA;
PUKUL TELUR HINGGA KEMBANG.
MASUK GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL PUKUL/ PUTAR HINGGA GEBU
MASUK OVELLETTE DN PUTAR LG. MASUKKAN ESEN ROSE.
SLOW DOWN SPEED DAN MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERSELANG SELI DGN SUSU. DONT OVER BEAT.
BAHAGIKAN ADUNAN KPD BEBERAPA MANGKUK, DN WARNAKAN.
AMBIL SEDIKIT DR SETIAP WARNA ADUNAN ( DLM 2 SUDU) UTK KITA JADIKAN IA DOT2. MASUKKAN DLM BEBERAPA PIPING BAG YG KECIL SETIAP SATU WARNA.
SEDIAKAN PAPERCUP SECUKUPNYA DN MASUKKAN DLM ACUAN LOMPANG.
KITA GUNAKAN SUDU KECIL UTK MENUANG ADUNAN DLM PAPERCUP ITU.
PASTIKAN KITA KACAU2 DULU ADUNAN SUPAYA IA LICIN DN TIDAK BERBUBBLE ( INI UTK MENGELAKKAN APAM KITA BELLOBANG2 ATAU BERJERAWAT.
BUBUH SEDIKIT DULU ADUNAN, KEMUDIAN ISI FILLING DITENGAH2, KEMUDIAN BUBUH LG ADUNAN MENUTUPI INTI/FILLING.
BUATLAH DOT2 PADA ATAS PERMUKAAN ADUNAN ITU ATAU BUATLAH CORAK APA YG KITA SUKA.
SEBELUM MASUKKAN DLM PENGUKUS PASTIKAN AIR KUKUSAN MENDIDIH, BILA KITA TARUK JE ACUAN2 BERISI ADUNAN APAM ITU BARULAH KITA KECILKN API PADA API YG CUKUP SEDERHANA. INI PENTING KERANA API YG KUAT AKAN MEMBUATKAN APAM ITU MEREKAH SPT APAM MEKAR. DN JGN PLK API TERLALU KCL NATI APAM ITU NAIK X ELOK.
OK KUKUS SELAMA 15 MINIT JE..JGN KURANG DN JGN LBH DR MASE ITU TAU.
DIBAWAH INI TIPS ATAU PANTANG LARANG
1. ADUNAN APAM HENDAK LAH KITA KACAU DULU DGN SUDU SBLUM DIBUBUH DLM PAPERCUP. KACAU LAJU2 SUPAYA LICIN , INI UTK MENGELAKKN APAM JD BERLUBANG2 AKIBAT ADUNAN MENGANDUNGI UDARA. BOLEH JUGA ADUNAN DIBUBUH DLM PIPING BAG UTK MEMUDAHKAN KERJA TAPI SAYA LBH PREFER CARA SUDU.
2. PASTIKAN AIR KUKUSAN CUKUP PANAS MENDIDIH SEBELUM KITA MENGUKUS APAM. SELEPAS ITU BARULAH KECILKAN SEDIKIT API ( SEDERHANA)
3. KENA BUAT DGN CEPAT TAK BOLE TERBIAR LAMA . KUKUS 15 MINIT SAJA. JGN TERKURANG ATAU TERLEBIH.
4. KALAU KITA NAK BUAT LG PASTIKAN ACUAN LOMPANG YG NK KITA GUNA SEMULA ITU BIARKAN SEJUK SEBENTAR ( TIDAK PANAS DR KUKUS TD)
5. BILA APAM TELAH MASAK DN DIKELUARKAN DR ACUAN LOMPANG ITU HENDAH LAH SEJUKKAN SEBENTAR BARULAH DISIMPAN DLM BEKAS BERTUTUP UNTUK MENGELAKKAN APAM DARI KERAS TERBIAR TAK BERTUTUP.
SEPANJANG PENGALAMAN MEMBUAT APAM INI IBU LEBIH PREFER GUNA SUDU KECIL UNTUK BUBUH ADUNAN DLM PAPERCUP BERBANDING PIPING BAG.
TP KALAU KAMU RASA LBH CEPAT DN MUDAH GUNA PIPING BAG MAKA SILAKANLAH..KITA TGOK APA HASILNYA..
6. APAM NI TAHAN SELAMA 3 ATAU 4 HARI.
7. UNTUK MENGELAKKAN FILLING JAM APAM ITU MENDAK JATUH KEBAWAH DN MELEKAT PADA PAPERCUP, KITA HENDAKLAH MASAK SEDIKIT FILING ITU DLM PERIUK KCL, BUBUH SEDIKIT JE TEPUNG DN GULA DN SDIKIT AIR. MASAK HINGGA PEKAT.
8. BUBUH LEBIH SKIT ADUNAN DLM PAPERCUP KEMUDIAN PAIPKN FILLING (INI JUGA CARA MENGELAKKAN FILLING JATUH KEBAWAH) KEMUDIAN BARULAH BUBUH SEDIKIT LG ADUNAN MENUTUPI FILLING ITU HINGGA PENUH, NANTI IA AKAN NAIK KEMBUNG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment