Saturday, December 11, 2010

PUDDING ROTI CHOCOLATE CHIPS


BREAD PUDDING
Roti secukupnya
Fresh milk
telur
gula
esen vanilla
butter
chocolate chips
Pukul telur dn gula sehingga gula benar2 hancur.
Tuang susu segar dn dipukul lg.
Masukkan sedikit esen vanilla. gaul rata.

Gris loyang dgn sedikit butter.
Sapu roti dgn butter, potong enam roti dn susun dlm loyang kesemuanya. ikut bnyk mana roti memenuhi loyang.
Tuang susu td kedalam loyang hingga roti tenggelam (tekan2) jika susu kurang tambah lg.
Tabur chocolate chips atau apa2 juga yg kita suka diatas nya.
Bakar la sehingga agak garing diatas permukaan pudding itu.
Sedap di mkn bersama custard sauce atau ice cream atau begitu saja.

Tuesday, December 7, 2010

roti jala/ roti kirai


BAHAN2:
tepung gandum
susu cair
air
telur
pewarna kuning
sedikit minyak
garam

Kesemua bahan diatas digaul sebati dlm mangkuk besar menggunakan whisk.
Jika adunan masih bergentel, masukkan dlm blender, kisar hingga betul2 halus.
Kirai lah menggunakan acuan roti kirai pada kuali leper yg di bubuh sesudu kecil minyak.

#Maaf sukatan adunan tak diberi. Agak2 sendiri je le..

Saturday, December 4, 2010

AYAM GOLEK MADU
















AYAM GOLEK MADU
1 ekor ayam sederhana besar
5 sudu besar cili kisar
bawang merah
bawang putih
halia
serai
lengkuas
jintan halus & kasar
buah keras
kunyit hidup
lada hitam
madu
garam , sedikit santan.

Cara:
Ayam dibersihkan luar dan dalam. cuci bersih dan toskan.
kemudian kukus. ( saya rebus sbb nk ambil airnya utk dimasak pd nasi arab)

Kesemua bahan dikisar , kemudian tumis dlm periuk hingga agak garing, bubuh garam, dan perasa jika suka.
masuk santan pekat dn sedikit air.
Masak hingga mendidih dn pekat.

Ayam td dilumur kuah td di luar dn dalam seluruh badan ayam itu. Letak ayam dalam loyang pembakar atau mangkuk pyrex, tuang madu keseluruh badan ayam menggunakan sudu.
Bakar lah ayam itu dlm oven hingga masak dn agak garing warnanya, terbalik2kn.
lebihan kuah td bole di tuang lg pd badan ayam itu berulangkali sambil dicurah madu lagi keseluruh badan ayam.
teruskan bakar hingga warna ayam keperangan dan garing.
Setelah puashati boleh lah dikeluarkan. ( ayam ini telah dikukus atau direbus dahulu td so tidak bimbang isinya betul2 masak atau tidak- insyaAllah mmg masak dalam nya)

Ketika menghidang, tuang dahulu kuah lebihan ayam itu kedalam mangkuk hidang, kemudian barulah taruk ayam keatas kuah itu. Ini bg yang suka agak berkuah tp jika suka kering hidang lah begitu saja.
Cuba lah..





kelihatan dlm gmbr ini ayam ini agak berkuah kerana keluarga kami tak suke kering2. Anak2 suka yg berkuah.

Thursday, December 2, 2010

Chocolate Chip Bars

LANGKAH PERTAMA
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan biskut yg tlh dihancurkan (apa2 biskut pun bole)
1/2 cawan butter
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan chocolate chips

kesemua bahan diatas melainkan chocolate chips digaul dgn hujung jari menjadi spt bread crumbs. masukkn chocolate chips dn digaul rata.
tuang tepung dlm loyang yg telah digris dgn butter, tekan dn ratakan.bakar dlm oven selama 15 minit. 






LANGKAH KEDUA
1 tin susu pekat
1 biji telur (dipukul)
1 sudu kecil essen vanila
1 cawan chocolate chips
1 cawan badam cincang (yg telah dibakar dulu)

kesemua bahan digaul dalam mangkuk, tuang atas tepung yg telah dibakar slama 15 minit td.
ratakan adunan susu dlm loyang kemudian bakar semula hingga kelihatan agak keperangan bahagian atas.







INI LAH HASILNYA..
setelah dikeluarkan dr oven biar ia sejuk seketika baru lah dipotong.
bole juga dismpn dlm fridge.
LANGKAH PERTAMA
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan biskut yg tlh dihancurkan (apa2 biskut pun bole)
1/2 cawan butter
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan chocolate chips

kesemua bahan diatas melainkan chocolate chips digaul dgn hujung jari menjadi spt bread crumbs. masukkn chocolate chips dn digaul rata.
tuang tepung dlm loyang yg telah digris dgn butter, tekan dn ratakan.
bakar dlm oven selama 15 minit.