Sunday, October 17, 2010

BROWNIES CHEESE MARBLE


BROWNIES CHEESE MARBLE.

250gm butter
stgh cawan serbuk koko
stgh cawan milo
8 bungkus coklat cloud 9
badam bakar (cincang)
1 stgh cawan tepung gandum/ tpg kek
1 stgh cawan gula icing
4 biji telur gred B
stgh cawan susu segar/susu cair
1 sudu teh essen vanilla

Cara membuat;
Panaskan oven dahulu ikut kebiasaan suhu oven anda. Cairkan butter dlm microwave skejap, masukkn serbuk koko dlm butter, gaul2 sebati, panaskan juga cloud 9 yg telah dibuka bungkusannya dn dibubuh dlm mangkuk ,dn dipanaskn sebentar dlm microwave supaya ia cair. masukkn dlm butter yg bersama coklat td, gaul2 rata. Put aside. Kisar telur dn gula hingga kembang, tuang coklat cair td (yg ttelah digaul bersama butter td ) kedalam mangkuk adunan telur, tuang tepung sedikit2 sambil terus dikisar perlahan, masuk juga essen vanilla, badam cincang, dn juga susu. kacau perlahan2 (jgn terlalu lama).
Tuang lah adunan kek kedlm loyang pembakar yg telah sapu sdikit butter, dn tlh ditabur sdikit tepung dn diratakan supaya ia tidak melekat apabila hendak keluarkan nti.

bakar lah sehingga masak iaitu apabila dicucuk dgn lidi, dn ditarik keluar lidi itu bersih x terlekat cair kek itu.

Topping
250gm cream cheese philladelphia
1 biji telur
stgh cawan gula

Cara;
pukul/kisar cheese besama gula dn telur hingga kembang.

Setelah brownies itu msk, keluarkan dr oven biarkan kira2 20 minit, bila dah agak sejuk, tuang lah cheese td diatas brownies itu dn ratakan.
sedikit dr adunan coklat td dimasukkn dlm piping bag atau masukkn dlm sekeping kertas yg dibuat spt kon, dn digunting ujung nya sikit utk kita picitkan menjadi lorek spt dlm gambar. lorekkn dgn lidi.

Tips: brownies ini bole juga ditopping dgn cocholate fudge, atau dimkn bersama ice cream atau vanilla custard.

Monday, October 11, 2010

SaRdiN RoLL

SaRdiN roLL.
sardin dlm tin
bawang bsr
cili merah
jus limau kasturi
garam

cara membuat inti:
sardin dlm tin itu dibuang sosnya dn dibuang tulang dn dihancukan isi ikan itu dgn garfu.
bawang bsr dipotong dadu kecil2
cili merah dibelah enam tengah2 dn dihiris halus (xperlu buang biji)
masukn sardin td dlm kuali, goreng tanpa minyak. bila agak kering masukn bawang dn cili td smbil digaul rata, bubuh garam dn jus limau, gaul2. tutup api.

cara membuat pastry:
2 cawan tepung
2 sudu besar planta
1bj telur
stgh cawan air batu dikacau dgn sesudu kecil garam
masukn tepung dlm mangkuk adunan, masukn planta, gaul2 dgn hujung jari hingga menjadi spt bread crumb, pecahkn sebiji telur kedlm tepung, gaul2 rata dn bubuh sedikit demi sedikit air sejuk yg telah dibancuh garam. uli sehingga menjadi satu doh. uli sekejap saja. rehatkan doh itu sebentar dlm stgh jam, tutup dgn towel lembab.

Ambil sedikit doh pastry, torak dgn rolling pin spt membuat karipap, jgn tebal sgt. buatlah spt dlm gambar . Setelah diisi inti dn digulung, toreh sedikit dgn pisau jam, susun dalam loyang pembakar, sapudgn sedikit kuning telur. bakar lah sehingga mask atau sehingga kita lihat bawah sardin roll itu agak kekuningan. (angkat sedikit sardin roll itu utk melihat bahagian bawahnya) hati2 supaya ia tidak hangus bhgian bwhnya.
hidangkn lah utk minuman petang atau utk jamuan tetamu. mudah saje!

p/s
1 atau 2 bj kuning telur dikacau dgn garfu dlm mangkuk kecil dn dibubuh sdikit pewarna kuning utk disapu pd sardin roll itu ketika hendak membakar.

Wednesday, October 6, 2010

sup tulang lembu

sup tulang lembu

sup tulang.

tulang lembu dibersihkan, diperap sebentar dgn tepung, cuci bersih, tos, dn rebus hingga empuk.(elok gunakan pressure cooker)
bawang kecil
bawang besar
bawang putih
halia
kesemua bahan diatas dikisar.
rempah serbuk sup
sup bunjut tulang
kiub pati lembu or ayam

kentang
carrot (jika suka)
daun sup n daun bawang

cili api
2 ulas bwng putih
sedikit jus limau kasturi (jika suka)
kicap manis, sdikit gula (kalau xmo pds sgt)
kesemua bahan ini dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan sambal kicap cili api.

Cara pertama:
tumis bahan kisar (bawang2) kedalam periuk hingga wangi, masuk rempah serbuk sup, gaul rata dn terbit baunya, tuang air bnyk mana kepekatan yg kita suka.
masuk kentang, gaul rata dn biar ia didih.
masukkn tulang yg telah direbus empuk td, masuk carrot. biar didih lg.
masuk juga sup bunjut jgn lupa.
masukn garam, dn kiub pati ayam or lembu.
setelah kentang empuk, dn cukup rasa boleh lah dipadam api.
tabur hirisan daun sup ketika menghidang.

Cara kedua:
ketika tulang masih direbus dlm pressure cooker, dn kelihatan isi agak renggang dr tulangnya, itu menandakn sudah empuk, maka tumis la bahan2 kisar didlm kuali.
bila tumisan bawang itu agak kering masuk pula rempah sup, kacau2 hingga terbit bau.
tuang tumisan td kedalam pressure cooker td, kacau2, tambah air bnyk mana yg kita suka ( tidak terlalu cair dn tidak juga terlalu pekat)
masuk kentang dn carrot, biar didih hingga kentang empuk.
masuk juga sup bunjut dn kiub pati lembu atau ayam.
bubuh garam, rasa lah ikut kepuasan citarasa.

Tuesday, October 5, 2010

BINGKA LABU + KELEDEK


BINGKA LABU + KELEDEK
2bj keledek (saiz sederhana)
stgh biji labu kuning
(kedua2 nya direbus hingga empuk dn dilenyek)
5 cawan santan (saya guna cawan kopi)
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung
2 bj telur
5 sudu bsr susu pekat
stgh cawan jus pandan ( dr 4 helai daun pndan dikisar, tapis dn ambil jusnya)
1 sudu kecil essen vanilla (pilih sama ada nk guna perasa pndn or vanilla)
secubit garam
2 sudu kecil planta atau butter

Cara:
1. kisar gula dn telur hingga kembang ( saya hanya menggunakan blender)
2. masuk santan berselang seli dgn tepung sedikit demi sedikit, sambil terus dikisar.
3. masuk juga jus pandan or vanilla essence.
4. keledek dn labu yg tlh dilenyek halus dimasukkn juga kedalam smbil terus dikisar. ( kalau terlalu penuh dlm blender tu bole lah dituang separuh kdlm mangkuk lain yg mana ditapis dahulu adunan itu supaya tidak ada yg berketul2 dn supaya adunan itu betul2 halus.
5. masukan juga susu pekat dn garam.
6. habiskan kesemua bahan. gaul rata semuanya dlm mangkuk adunan.
sapu loyang pembakar dgn butter atau planta dn dituang sdikit tepung dn digoyang2 loyang itu supaya kesemua tepung rata didasar dn keliling loyang. ini adalah tips supaya kek mudah dikeluarkan dr loyang.
7. tuang adunan kedalam loyang, masukkn dua sudu kecil planta atau butter td keatas adunan itu.
8. bakar lah sehingga masak.