Saturday, August 28, 2010

TART NENAS

















TART NENAS.
Seronok sungguh dpt resepi tart yg menepati citarasa ku kali ini. Resepi ini pun dpt dr anak saudaraku Linda. Tq Linda.Credit to Linda mmmuah! I love u lah! Linda mmg ikut mcm mak dia pandai masak. Sejak mula aku kawin dulu mmg aku bnyk belajar masak dr kakak ipar ku yg satu2nya selalu melayanku dgn baik, tak pnh bermasam muka iaitu Kak Nanik. Suami dn anak2 dia juga baik. Kenangan berbuka puasa, bersahur dn berhari raya dirumah mereka bersama anak2 ku yg ramai itu tak pernah aku lupakan. Semoga Allah melimpahkan rezki dn kebahgiaan selamanya keatas mereka sekeluarga..aminnn..

TART NENAS.
Pastry:
250GRM BUTTER

300 GRM TEPUNG GANDUM
50 GM TPG CUSTARD
20 GM SUSU TEPUNG
30 GM GULA ICING
1 BJ KUNING TELUR
1 PENUTUP BOTOL ESSEN VANILLA

Cara:
Pukul butter, icing sugar dn telur ( tak perlu hingga kembang) masuk susu tpg, custard, gaul rata. masuk juga tpg gandum sikit2, gaul lg hingga jd doh yg lembut. rehatkn skjp dn bole juga disimpan dlm fridge sebentar.

JEM NENAS.
2 atau 3 biji nenas masak manis
gula
Sagat nenas atau kisar halus . Tapis (jgn perah) tuang dlm kuali, masak hingga agak surut airnya, masukkan gula, ikut kemanisan yg disuka.masak lah hingga kering dan bertukar warna agak perang. (jangan terlalu kering).
Terpulang citarasa sendiri samaada nk taruk bunga cengkih, perasa pineapple, atau apa saja. Saya lbh suka rasa asli nenas.

Friday, August 27, 2010

Lasagna














sebelum dibakar



LASAGNA.
selepas dibakar.

first time buat kurang memuaskan, tak pe nx time akan kuperbaiki lg k! recipe amik dr tnet, so kalau nk recipe cari le siri..



Thursday, August 26, 2010


NASI AMBENG.
Ramadhan tahun ini selalu pulak beli nasi ambeng..alahai beli aje lah lg senang..nak buat sendiri berbagai pulak lah lauknya, yang nak makan cuma aku ngn my darling aje...sedap tak sedap insyaAllah.. Allah bg sedap!
Kt melaka ni susah nk cari makanan jawa Alhamdulillah jumpa juga satu stall kt Durian Tunggal. Bole le...

shabsuka.






























SHABSUKA
Pertama kali cuba resepi ini sbnarnye.. ianya menggunakan daging cincang. setelah merasainya saya rasa lain kali saya akan ubah ikut citarasa sendiri. saya akan tambah kacang phool dan serbuk jintan kedalam masakan ini. pasti lebih mengancam!


resepinya:

daging cincang

bwng putih dan halia kisar halus

sedikit rempah kari

kesemua bahan diatas digaul bersama daging cincang. ketepikan sebentar.

bawang dipotong dadu

cili kering kisar

tomato buah dipotong dadu

tomato puri

tomato sos

air

garam, gula

mix vege

cili merah dn cili hijau hiris

cara:

tumis bawang dadu hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau hingga ia pecah minyak, masukkan daging perapan td. bila daging itu agak garing masukkan air, tomato puri, tomato sos, garam dn gula. masukkan juga mix vege. gaul rata. masakan ini mestilah tidak terlalu kering atau cair. tuang dalam caserol dan ditabur diatasnya dgn;

bawang besar dadu

tomato dadu

cili hijau dn merah hiris

buat lubang dan pecahkn telur keatasnya. ikut banyak mana yg kita suka. tabur juga daun sup dn daun bawang. bakar sehingga telur agak separuh masak. enak dimakan dgn roti peranchis atau roti boom. dgn roti gardenia pun bole saja..

Wednesday, August 25, 2010

nasi lemak sambal udang galah .


SAMBAL UDANG GALAH
hai mcmne bole terdelete gambar nasi lemak sambal udang galah ni! xpe lah len kali saya upload lg ye!

Monday, August 23, 2010

cornflakes madu yaya.

60z cornflakes Kellogs
4ozbutter
4ozbrown sugar
2sudu madu
essen vanilla

cara:
sangai dahulu cornflakes didlm kuali sebentar. tutup api.
dlm periuk kecil lain cairkan butter, masuk brown sugar,madu n vanilla.
gaul rata sebentar tutup.
tuang kedlm conrnflakes td dn digaul rata semuanya.
isi kedlm paper cup susun dlm loyang pembakar dn bole lah dibakar dlm oven yg tlh dipanaskn dahulu semasa penyediaan bahan td.
perhatikan jika cornflakes itu agak berwarna keemasan bole lah diangkat keluar. jgn smpi hangus!

recipe ini adalah sumbangan dr anak saudara saya Yaya. Sbb itu lah nama recipe ini saya beri nama cornflakes madu yaya.

Tips:
bahan2 sgt mudah. Anda bole taruk raisin, cherry atau ape2 je lah. Tp anak2 sya hanya suka yg simple mcm ni.

Thursday, August 12, 2010

kari daging dan telur.


daging lembu/kambing dipotong kecil basuh dan rebus hingga empuk
telur rebus dan kentang

bawang putih
halia
cili kering
ketiga-tiga bahan td dikisar halus

bawang besar hiris ( biar agak banyak)
daun kari
tomato buah ( potong dadu)
rempah kari daging
susu cair atau santan
tomato ketchup
garam
gula

cara:
daging direbus dlm periuk hingga empuk.
dalam kuali yg lain bubuh minyak, tumis bahan kisar hingga garing, masukkan juga bawang hiris, tomatu yg didadu dan daun kari. tumis sehingga bawang layu dan wangi. masukkn rempah kari daging yg telah dibancuh bersama sedikit air. tuang terus bahan tumis td kedalam periuk rebusan daging, gaul rata. masukkan juga kentang dan air. tutup sebentar hingga daging dan kentang empuk.
masukkan santan atau susu cair, sos tomato, garam dan gula.
masukkan juga telur rebus.
ikut lah kepekatan kuah yg kita suka.
siap!

tips
kari ini boleh juga ditambah carrot atau kacang panjang.

Sunday, August 8, 2010

kek marble

kek marble

3bj telur gred A
125g butter
1 cawan tepung kek
1 cawan nestum
1 cawan icing sugar
3 sudu bsr susu pekat
essen vanilla 1 penutup botolnya
serbuk koko 2 sudu bsr
stgh cawan susu segar

cara:
pukul butterbersama icing sugar hingga putih, masukkn telur sbiji demi sebiji smbil terus diputar, masuk essen vanilla, susu pekat dan susu segar berselang seli dgn tepung dn nestum. kuap balikkn adunan dgn spatula,bahagi adunan kepada dua bhgian. satu warna asal dn satu lagi dicampur dgn serbuk koko.
tuang kedalam loyang pembakar yg telah di sapu marjerin. mulakan dgn warna asal diikuti adunan coklat. buat sehingga habis.
bakar ikut kepanasan oven masing2.