Saturday, July 31, 2010

red velvet cake .

resepi kek velvet saya tgo dr internet.
tgok la dlm resepi kasih hidangan sayang.

sambal goreng.


hati dan pedal ayam di potong kecil , basuh, bubuh garam kunyit dan digoreng.
setelah agak garing angkat dn ketepikan.

udang buang kulit juga digoreng
tempe
tahu
kacang panjang

semua digoreng asing dn ketepikan.

suun (rendam)
cili hijau dn merah dihiris serong

bawang merah
bawang putih
halia
serai
lengkuas
cili kering
udang kering (sikit je)

kesemua bahan diatas dikisar halus. tumis bahan dlm kuali hingga garing, bubuh garam gula dn perasa. bubuh juga sedikit air asam jawa. masukkn kesemua bahan goreng td dan digaul rata. masukkn suun juga bahan hirisan. setelah semuanya digaul rata maka siap lah sambal goreng kita!

Thursday, July 29, 2010

ayam madu lemon.

ayam buang kulit dan dipotong kecil2.
setelah dibasuh bersih, toskan, gaul garam kunyit dn sedikit tepung beras.

bawang besar hiris bulat
bwng putih dimayang
halia -mayang
cili hijau dn cili merah dihiris menyerong kasar2.
sebiji lemon
madu
garam

cara:
ayam td digoreng hingga msk (jgn terlalu garing) angkat dn ketepikan sbentar.
didalam kuali bekas goreng ayam td jika terlalu bnyk boleh lh dikurangkn sedikit, lalu ditumis bahan2 hirisan td.
masukkan sedikit air, garam dn madu.
bancuh sesudu tepung jagung dgn sedikit air dn dituang kedlm kuah td.
akhir sekali perah lemon, gaul rata.
rasa dulu masam masin dn manisnya dulu . jika dah puas hati boleh lah tutup api dn hidangkn.

**
saya tidak nyatakan kuantiti sesuatu bahan itu kerana terpulang pd banyak mana yg anda hendak masak. citarasa sesuatu masakan itu sbnrnya terpulang pd selera masing2. ada yg suka manis maka lebihkn lah madu atau tmbh sdikit lg gula, ada yg suka lbh kuah maka lebihkan lah air dn seterusnya. jika ayamnya bnyk maka bnyak lah sikit bahan hirisan.

masakan ini mmg mudah dn cpt.

Friday, July 23, 2010

pais tempoyak ikan patin.


sekeping ikan patin (kalau bsr)
ikan digoreng dng minyak yg sedikit didlm kuali. sekejap saja.

cili api
bwg kecil
bwg putih
halia
kunyit
belacan

semua bahan ditumbuk atau dikisar kasar( jgn halus sgt)
tempoyak
daun kunyit

setelah ikan agak separuh msk, angkat dn bubuh dlm aliminium foil, goreng bahan tumbuk td dgn bekas minyak td sebentar, ble agak kering bubuh garam dn gula sdkit, tempoyak dn daun kunyit yg dihiris. bubuh sedikit air. jgn lah terlalu pekat atau cair. tuang keatas kedua2 belah ikan. tutup foil itu dn terus bakar. stgh jam kemudian buka sedikit bungkusan itu dan biar ia terus dibakar. dlm 10 minit kemudian cucuk isi ikan utk pastikan ia cukup masak mnggunakan pisau atau garfu.
siap .

Wednesday, July 21, 2010

oatmeals chocolate chips cookies.

bahan2

3sudu bsr butter
1 cawan brown sugar
1 bj telur
2 sudu gula castor
essen vanilla
1 stgh cawan tepung
stgh camca baking powder
stgh cmca soda bikarbonat
1 stgh cawan quaker oats
badam (dibakar dn dicincang)
chocolate chips
peanut butter 2 sudu
cara2:
pukul butter bersama brown sugar, gula dn telur. jgn terlalu lama. masukkn essen vanilla, gaul rata. masukkn peanut butter, gaul rata lg. tepung dn kedua2 soda diayak bersama, masukkn kedalam adunan, masukkn juga oats. gaul rata dan akhir skali masukkn chocolate chips dn gaul rata.
sediakan loyang pembakar yg telah digrisdgn butter, bulat2kan adunan dgn sudu dn ditabur lg chocolate chips diatas nya, smbil tekan sdikit. buat hingga habis dn boleh la dibakar.

tips;
quaker oats bole diganti dgn nestum. (saya lbh suka nestum)

Lontong.

Monday, July 19, 2010

nasi goreng satay.


lebihan nasi semalam (leftovers)
boleh juga dibuat pd nasi ayam yg tak habis smlm.
satay (lebihan mlm td beli satay tp tak habis dimakan)
cili api
bwng kecil
bwng putih
ikan bilis

cili,bwng2 dn ikan bilis ditumbuk kasar, goreng dlm kuali, bubuh garam dn perasa, oyster,dn sedikit nampla. jika ada minyak bijan bole dibubuh sedikit melazatkan lg masakan.

telur
kacang panjang dipotong kecil2 setengah inci.

apabila bahan yg ditumis td agak kering pecah telur kedalam, kacau2. masukkan nasi dan satay yg telah ditanggalkan dari lidinya. gaul rata. masukkan juga kacang panjang. gaul lagi. setelah puas hati nasi bergaul rata dgn bahan dn sayur, maka siap lah utk dihidang.

sedap dimakan dgn ikan bilis dn kacang tanah goreng atau keropok.

nasi ayam penyet

nasi ayam penyet tak bnyk beza dgn nasi ayam biasa cuma bahan perap ayam nya dan lg ia tidak menggunakan cili sos yg biasa kita buat utk nasi ayam biasa tp ia mnggunakan sambal ikan bilis( orang jawa panggil sambal tok2). Tapi ketika saya masak nasi ayam ini saya siapkan juga cili sos nya kerana saya pasti anak2 tak gemar makan dgn smbl ikan bilis tu.

ayam ( peha atau dada)
halia hiris
serai titik
bawang putih ketuk
bawang besar hiris
kesemua bahan diatas direbus bersama ayam. bubuh sedikit garam.
setelah ayam masak, keluarkan dn terus dimasukkan kdalam mangkuk berisi air batu. biar sbentar. air rebusan ayam td akan diguna utk tanak nasi ayam dn sup.

nasi ayam
cara membuat nasi ayam sama spt nasi ayam biasa. Air rebusan ayam td bersama dgn bahan rebusan bole terus dimasukkn kdalam periuk nasi. tp disini kita tidak menumis perencahnya cuma kita masukkan dua sudu planta kedlm periuk nasi td. bubuh sdikit garam dn daun pandan.
saya guna rice cooker.

bahan perap ayam
ayam yg telah direndam dlm ais td di tos.
serbuk kunyit
rempah kari
jintan halus dn kasar ditumbuk
garam
madu
tepung beras

kesemua bahan digaul pd ayam, biar sbentar. kemudian goreng dngn minyak yg banyak. pastikan jgn terhangus kerana madu akan mmbuatkn ayam cpt hitam bila goreng. keluarkan, penyetkan dgn alat pemukul daging. saya hanya guna parang smbil ditekan penyetkan.

sambal toktok
ikan bilis digoreng dulu
cili merah
cili api
belacan
bawang kecil 2 ulas
tomatu buah sbiji
gula
garam

kesemua bahan digoreng kemudian ditumbuk halus, akhir skali tumbuk bersama ikan bilis dn tomato yg telah dihiris kcil. bubuh gula dn garam.

sup ayam.
buatlah spt buat sup nasi ayam. ( saya tambah kentang, carrot dan bunga kobis)
tabur daun sup dn bwng goreng.

cili sos ( optional)

cili merah
cili api
bwng putih
limau kasturi
gula
garam
tomato ketchup
cili sos
air suam

setelah ditumbuk atau dikisar cili dn bwng putih, perah limau, bubuh sdikit tomato ketchup,cili sos, air dn garam, gula kacau rata, tuang dlm mangkuk.

skian selamat mencuba!

Sunday, July 18, 2010

bubur lambok speacial


beras (ikut sukatan yg anda mahu, dibasuh dn toskan)
daging lembu (potong kecil2, basuh)

jerang beras td bersama daging yg dah dipotong kecil2 dn dicuci bersih dgn air yg bnyk. biar ia mendidih dn agak kembang juga dgg jadi empuk.

bwg kecil
bwg besar
bwg putih
halia
serai
lengkuas
udang kering

kesemua bahan diatas dikisar halus.

udang hidup( dikopek kulit, dn cuci bersih) terpulang jika nk taruk udang atau pun tidak. tp saya mmg taruk udang. masukan kedalam nasi yg sdg mendidih td.

rempah kurmak adabi
santan

cara:
setelah nasi td cukup kembang, masukkan santan. boleh ditambah air lg jika terlalu pekat.

bubuh minyak kedalam kuali, bila panas tumis bahan2 kisar hingga agak garing, bancuh rempah kurmak ngn air, masukan kdlm tumisan bahan kisar td gaul rata hingga naik minyak dn wangi.
tuang kesemua kedalam bubur nasi yg sedang didih diatas dapur td. gaul rata. bubuh garam dn perasa. ok siap!

boleh dihidang dn enak dimakan bersama :
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng
telur dadar hiris
sambal kicap cili api
daun sup dn daun bawang.

Selamat mencuba! Pasti tidak kecewa!

acar rampai simple


nenas
timun
buah tomato
apple hijau
bawang besar
cili merah
cili hijau
atau cili api
gula
garam
cuka

cara;
setelah kesemua buah di potong halus juga bawang dn cili dipotong gaul rata bersama cuka, garam dn gula. siap.

ayam masak opor


ayam

cili kering
bwng kecil
bwg besar
bwng putih
halia
serai
lengkuas
buah keras
ketumbar
jintan kasar dn halus
kunyit
santan.
daun kunyit, daun limau purut.

cara;
kesemua bahan dikisar(blend). tumis kesemua bahan kisar dlm kuali hingga garing, masuk air biar agak menutupi ayam, biar agak kering sdikit, masuk santan dan bahan perasa. hiris daun kunyit dn daun limau purut, masukkn kdlam ayam td, gaul rata. bubuh sdikit gula. ikut suka lah nk pekat atau berkuah bnyk . selamat mencuba.

selalunya sesiapa yg merasa lauk ini akan ingt ianya rendang. sbnrnya ia lbh mudah x perlu kerisik. tp rasa mcm rendang. boleh dbuat hidangan bersama ketupat dihari raya.

Saturday, July 17, 2010

shepherd pie

Kentang kupas kulit, basuh dn rebus hingga empuk
susu segar
2 sudu bsr butter
black pepper
grated cheese
Kesemua bahan diatas dilenyek hingga menjadi mash potato ( ketika melenyek susu dituang sedikit2 dulu supaya mendapat kepekatan yg kita mau.

filling
daging cincang
bawang bsr didadu
bawang putih disagat/cincang
carrot potong dadu
kacang peas
thyme
bay leaf
kiub pati lembu
sedikit garam
air
tomato puri
sesudu kecil rempah kari daging (kalau suka)
sedikit gula

panaskan oven dahulu.
dalam kuali tumis bawang bsr dadu dn bwng putih, masukkan daging cincang. gaul rata hingga daging agak kering.
masukakn carrot, tomato puri dn rempah.
masuk kesemua bahan diatas dn bubuh sedikit air.
setelah bahan daging itu masak dn agak pekat rasa lah garam gulanya. bole lah ditutup api.

Dalam loyang griskan sedikit butter, tuang separuh mash potato, ratakan, kemudian bubuh daging cincang td dn ratakan.
Diatas daging itu tuang lebihan kentang lenyek (mash potato) td ratakan menutupi kesemua daging itu. taburkan diatasnya dgn mozzarella cheese.
Bakar sehingga kelihatan dipermukaannya berwarna keemasan.



mee rebus d only mine

untuk mendapatkan kelazatan rasa mi rebus yg benar2 tak dapat dilupakan oleh tekak sesorang mmg sukar. Ada saja yg tak kena kurang manis lah, terlebih manis lah, rasa udang kering sangat lah dan mcm2 lg. bg pengalaman ku sendiri plk mmg sejak baru kawin aku mencuba buat kuah mi rebus suami ku lah org yg slalu beri komen yg ade kalanya buat aku putus asa nk buat lg. Tp semakin dikritik smakin aku geram nk buktikan mi rebus aku menepati citarasa. kini suami, anak2 dn mereka yg pernah merasai mi rebus aku memberi komen yg menggembirakan aku!
Disini agak sukar aku nk memberikan resepi kerana slalunye aku msk tak ada sukatan. mmg agak2 jer.. tp korang bole cuba kalau rasa nak try rasa..

Dgg lembu (sbhgian dipotong kecil2, sbhgian dikisar halus)
udang hidup (buang kulit)
udang kering (jgn takut2 guna udang kering kerana udang krng mainkn peranan nyedapkn rase)
buah keras
cili kering (sikit je)
bwng kecil
bwg putih
halia
lengkuas
serai (titik saje)

kesemua bahan diatas dikisar melainkan daging dan udang hidup. serai titik aje.

keledek (rebus dn lenyek)
santan
rempah kari daging
kiub pati lembu atau ayam
gula melaka atau gula timbang(gula merah)
garam,
tepung jagung( bancuh ngn air utk bg pekat kuah)

mi kuning
taugeh
telur rebus
daun sup n daun bawang
cili hijau
limau kasturi
bawang goreng
pendaram (jika tau buat lg sedap)
tahu goreng

cara:
tumis semua bahan td bersama dgg kisar dn dgg yg dipotong kecil2. tumis hingga agak garing, masukkan air(bnyk mana yg kita suka) juga santan.gaul rata biar didih, masukkn keledek yg dah dilenyek masukn udang hidup. bila dah didih masuk pula gula melaka, garam. masuk bancuhan tpg jagung. rasa lah dulu jika kurang manis bole ditmbh gula pasir kerana kuah mi rbs mmg kurang enak kalau kurang manis. tp jgn la manis sgt dong..

celur mi kuning dn taugeh. dan hidang la bersama bahan yg lain. selamat mencuba! kuah mi rebus saya mmg ada nmpk udang dan dagingnya baru lah sdp dimakan...

kek gula hangus

1 cawan gula
1cawan air panas
2 sudu marjerin

masak gula hingga warna agak coklat, tutupa api trus tuang air panas smbil trus kacau (hati2 mercik kena tangan) masukkn marjerin dn kacau. biar sejuk sbentar, ketepikan.

4biji telur
stgh cawan susu pekat
essen vanilla

putar telur hingga kmbg, masukknsusu pekat dn essen vanilla. putar lg dn masukkn gula hangus. putar kejap. biar dlm 1 jam. tuang adunan dlm loyang pembakar yg tlh di gris. bakar hingga masak.(pastikan apabila lidi dicucuk kdlm kek lidi itu bersih tidak melekat)

tips: jgn risau jika adunana kelihatan cair tdk spt adunan kek biase.

Thursday, July 15, 2010

rojak tahu

tahu
timun
taugeh

kacang tanah
cili api
cili krng
belacan
bwng putih
gula melaka
air asam jawa
garam

setelah kacang tanah digoreng dn dikisar, cili api cili krg, belacan dn bwg putih digoreng sekejap lalu ditumbuh atau di blend halus. bubuh gara, gula dn air asm. taruk kacang dn digaul rata. kepekatan ikut citarasa. bole ditmbh kicap.