Thursday, July 29, 2010

ayam madu lemon.

ayam buang kulit dan dipotong kecil2.
setelah dibasuh bersih, toskan, gaul garam kunyit dn sedikit tepung beras.

bawang besar hiris bulat
bwng putih dimayang
halia -mayang
cili hijau dn cili merah dihiris menyerong kasar2.
sebiji lemon
madu
garam

cara:
ayam td digoreng hingga msk (jgn terlalu garing) angkat dn ketepikan sbentar.
didalam kuali bekas goreng ayam td jika terlalu bnyk boleh lh dikurangkn sedikit, lalu ditumis bahan2 hirisan td.
masukkan sedikit air, garam dn madu.
bancuh sesudu tepung jagung dgn sedikit air dn dituang kedlm kuah td.
akhir sekali perah lemon, gaul rata.
rasa dulu masam masin dn manisnya dulu . jika dah puas hati boleh lah tutup api dn hidangkn.

**
saya tidak nyatakan kuantiti sesuatu bahan itu kerana terpulang pd banyak mana yg anda hendak masak. citarasa sesuatu masakan itu sbnrnya terpulang pd selera masing2. ada yg suka manis maka lebihkn lah madu atau tmbh sdikit lg gula, ada yg suka lbh kuah maka lebihkan lah air dn seterusnya. jika ayamnya bnyk maka bnyak lah sikit bahan hirisan.

masakan ini mmg mudah dn cpt.

No comments:

Post a Comment