Monday, July 19, 2010

nasi ayam penyet

nasi ayam penyet tak bnyk beza dgn nasi ayam biasa cuma bahan perap ayam nya dan lg ia tidak menggunakan cili sos yg biasa kita buat utk nasi ayam biasa tp ia mnggunakan sambal ikan bilis( orang jawa panggil sambal tok2). Tapi ketika saya masak nasi ayam ini saya siapkan juga cili sos nya kerana saya pasti anak2 tak gemar makan dgn smbl ikan bilis tu.

ayam ( peha atau dada)
halia hiris
serai titik
bawang putih ketuk
bawang besar hiris
kesemua bahan diatas direbus bersama ayam. bubuh sedikit garam.
setelah ayam masak, keluarkan dn terus dimasukkan kdalam mangkuk berisi air batu. biar sbentar. air rebusan ayam td akan diguna utk tanak nasi ayam dn sup.

nasi ayam
cara membuat nasi ayam sama spt nasi ayam biasa. Air rebusan ayam td bersama dgn bahan rebusan bole terus dimasukkn kdalam periuk nasi. tp disini kita tidak menumis perencahnya cuma kita masukkan dua sudu planta kedlm periuk nasi td. bubuh sdikit garam dn daun pandan.
saya guna rice cooker.

bahan perap ayam
ayam yg telah direndam dlm ais td di tos.
serbuk kunyit
rempah kari
jintan halus dn kasar ditumbuk
garam
madu
tepung beras

kesemua bahan digaul pd ayam, biar sbentar. kemudian goreng dngn minyak yg banyak. pastikan jgn terhangus kerana madu akan mmbuatkn ayam cpt hitam bila goreng. keluarkan, penyetkan dgn alat pemukul daging. saya hanya guna parang smbil ditekan penyetkan.

sambal toktok
ikan bilis digoreng dulu
cili merah
cili api
belacan
bawang kecil 2 ulas
tomatu buah sbiji
gula
garam

kesemua bahan digoreng kemudian ditumbuk halus, akhir skali tumbuk bersama ikan bilis dn tomato yg telah dihiris kcil. bubuh gula dn garam.

sup ayam.
buatlah spt buat sup nasi ayam. ( saya tambah kentang, carrot dan bunga kobis)
tabur daun sup dn bwng goreng.

cili sos ( optional)

cili merah
cili api
bwng putih
limau kasturi
gula
garam
tomato ketchup
cili sos
air suam

setelah ditumbuk atau dikisar cili dn bwng putih, perah limau, bubuh sdikit tomato ketchup,cili sos, air dn garam, gula kacau rata, tuang dlm mangkuk.

skian selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment