Friday, July 13, 2012

SHEPHERD PIE

 BAHAN2NYA:
1)  kentang - kupas dan rebus hingga empuk kemudian lenyekkan ketika masih panas.
2)    susu segar
 3)   sedikit butter
 4)   garam
  5)  serbuk lada hitam

Ketika kentang yg telah dilenyek masih panas, masukkan butter, gaul rata, tuang sedikit susu, secubit garam dan lada hitam. Gaul rata. rase dulu jika dah puashati.. ketepikan sebentar.               

INTI:
1)  Daging cincang

 2) cendawan butang

3)  carrot - disagat

4) bawang besar di potong dadu

5) bawang putih cincang

6) daun sadri hiris2

7) mushroom sup (campbell) setengah tin saje, bole jgk dihabiskan 1 tin. no problemo.

8) sedikit cili api (ikut suka jika mahu pedas) kalau xnk pedas pun xpe.

9) sedikit tepung gandum ( lbh krg 3 sudu)

10)  sesudu kecil rosmary

11)  sesudu kecil thyme

12)  kiub pati ayam

13)  serbuk lada hitam


14)  Mozzarella cheese/ parmesan cheese(shredded)

15) 3  bj telur dikocak dlm sebuah mangkuk kecil.



Tumis daging cincang dgn sedikit olive oil hingga ia agak kering.

Masukkan bawang dn bwg putih, gaul rata.

Masukkan juga carrot yg telah disagat dan juga daun sadri (daun sup) juga cili api.

Bubuh tepung sedikit2 diikuti air.

Tuang mushroom sup, gaul rata kesemuanya.

Bubuh lada hitam.

Bubuh rosmary dan thyme kedlm. gaul rata.

Tak perlu bubuh garam kerana mushroom sup dan kiub pati ayam dah pun masin.

Kepekatan nya terpulang masing2.(jgn lah kering sgt)


Kuantiti bahan ikut lah bnyk mana yg anda suka.






 Loyang atau caserrole hendaklah disapu sedikit marjerin.

Tuang sebahgian kentang lenyek kedalam loyang dan ratakan.


 Bubuh kesemua inti daging keatas kentang lenyek td.



Tuang baki kentang lg keatas inti itu dan ratakan.
Jirus telur yg telah dikocak keatas nya. (jirus ratakeseluruh permukaan kentang itu) Kalau x mo taruk telur pun xpe,,

Bakar hingga agak kekuningan.

Keluarkan sebentar dari oven, tabur mozzarella cheese keserata permukaan kentang itu lalu dimasukkan semula kedalam oven.

Bakar lg sehingga ia agak kuning dan garing dan cheese nya cair.

 Begini lah hasilnya..



Monday, July 9, 2012

PUDING ROTI FRUIT COCKTAIL

Puding roti atau bread pudding sejenis dessert yg sgt mudah membuatnya. Ada berbagai cara ikut selera dan kreativiti sendiri. Kali ini saya tunjukkan resepi puding roti yg telah saya reka sendiri jugak kombinasi dari resepi Asian food channel.

BAHAN2NYA;
Roti (apa juga jenis roti)
Susu segar
Castor sugar 1 cawan
4 biji telur
Setengah cawan butter cair
1 cawan whipping cream
Setengah tin fruit cocktail
1 sudu kecil esen vanilla
Kek marble warna warni


CARA;
(1) Panaskan oven.

(2) Gris bekas atau loyang dgn sedikit marjerin.

(3) Potong kecil2 atau koyak2kn roti. (lbh kurang 8 keping roti) jika kurang bole tambah.

(4) Dalam sebuah mangkuk besar pukul telur dan gula sebentar.

(5) Masukkan butter cair dan pukul lg.

(6) Bubuh esen vanilla, gaul rata.

(7) Masukkan roti2 td dlm mangkuk itu, tuang susu.

(8) Tuang fruit cocktail bersama sedikit air nya, gaul rata.

(9) Pastikan roti itu tenggelam dlm susu, jika susu kurang, tambah lagi.

(10) Tuang sedikit dari adunan roti itu dlm loyang,

(11) Potong2 nipis kek marble, susun atas roti td.

(12) Jirus sedikit2 air fruit cktail atas kek2 itu.( hanya utk ia basah saja)

(13) Tuang habis semua adunan roti td menutupi kek itu.

(14) Tekan2 sedikit supaya ia tenggelam, (boleh dituang lg susu keatasnya)
Bakar sehingga ia masak dan diatasnya kelihatan agak garing.





Puding ini enak dimakan bersama custard sauce.

Bahan2nya;
1 tin susu cair
3/4 cawan air
4 sudu bsr gula
2 sudu bsr tepung custard 
1 sudu bsr tpg jagung
2 sudu kecil esen vanilla

(1) Masukkan kesemua bahan melainkan esen vanilla kedalm sebuah periuk kecil, kacau rata, pastikan tepung custard dn tpg jagung tidak bergentel.

(2) Nyalakan api kecil saja. Masak sehingga ia agak pekat sedikit.  Jangan sampai hangit. hendaklah dikacau selalu. Akhir sekali bubuh esen vanilla, gaul rata, tutup api.

(3) Biar ia sejuk dulu barulah disimpan dlm fridge. Enak dimakan sejuk2.

Note;
Kuantiti bahan terpulang masing2.
Jika rasa terlalu manis bole dikurangkan. yang pasti rasa dulu.

RAINBOW CAKE

 Sebenarnya gambar ini adalah kali kedua kek rainbow yg saya buat. Kali ini menggunakan resepi beberapa blogger yg saya follow tp seperti biasa saya tetap akan tambah satu bahan lain iaitu sebuk horlicks..( tetap xmo ikut bulat2 resepi org lain..Maaf ye..saya hanya ikut selera sendiri..sb bg saya kurang enak jika kek itu tiada perasa yg mengenakkn lg kek itu bila dimakan bkn sekadar utk dilihat..


BAHAN2NYA
3 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
4 sudu bsr horlicks
kesemua bahan diatas diayak dahulu.

2 penutup esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar

5 biji telur putih di putar dlm sebuah mangkuk hingga kembang .

250gram butter
1 1/2 cawan gula castor
Kedua bahan ini diputar laju hingga gebu.
Masukkan telur putih yg telah diputar td dn putar lg.


Masukkan tepung td berselang seli dgn susu. Gaul rata menggunakan spatula.
Masukkan esen vanilla.

Bahagikan adunan kpd 6 mangkuk, bagi sama bnyk stiap adunan tepung.  bubuh pewarna stiap satu dn gaul rata.
Tuang setiap satu warna dlm loyang kecil.
Bakar hingga msk.

                                      RAINBOW CAKE KEDUA

 Ini adalah sebahgian dr 6 loyang iaitu 6 adunan warna yg sedang dibakar.


 Setelah kek dikeluarkan dr oven, biarkn sejuk sebentar.
Sapukan dgn creamcheese frosting setiap satu warna.

BAHAN2 CREAMCHEESE FROSTING
1 buku creamcheese philladelphia
80 grm butter
100 grm icing sugar
1 sudu kcl esen vanilla

Putar kesemua bahan diatas hingga putih dn gebu.
Bubuh dlm piping bag dn simpan sebentar dlm peti sejuk sebelum digunakan.
 Setelah kek disapu crmchse dn disusun menjadi 6 tingkat boleh lah ditoppingdgn chocolate ganache.
Gambar kek diatas agak messy skit..hehehe..main ikut suke je..hai mcm ni tak boleh buat miage le..xde sape nk ngoder nye ..
Bila dah buat bersama anak2 mcni le jdnye..


BAHAN2 CHOCOLATE GANACHE
Cooking chocolate
chocolate chips
whipping cream

Buat ikut cara double boiling.

Kali ini dikurangkan skit ketebalannye kek itu berbanding dgn cubaan pertama..dan dilebihkan skit creamcheese.
Potong tak berhati2 itu lah jdnye..




                                         KEK RAINBOW CUBAAN PERTAMA

Bahan2nya;
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
4 biji telur
1 buku butter
setengah cawan susu segar
3 sudu besar horlicks
1 sudu kecil esen vanilla.
1 1/2 sudu kecil baking powder
4 pewarna yg anda suka


CARA:
(1) Ayak tepung bersama baking powder.Gaul horlicks dlm tepung.

(2) Putar butter, masukkan gula sedikit2, putar lg hingga berkrim.

(3) Masukkan telur sebiji2, putar hingga ia kembang dan gebu.

(4) Tuang sedikit2 susu segar berselang seli dgn tepung. ( ketika ini perlahankan speed mixer atau bole digaul dgn menggunakan spatula saje)

(5) Masukkan esen vanilla, gaul rata.

 (6)  Bahagikan adunan kepada 4 mangkuk, warnakan setiap satu dgn pewarna makanan yg anda suka. Pastikan sama rata banyak setiap satu supaya kek itu sama tinggi.

(7) Tuang adunan dlm 4 loyang kecil setiap satu warna.

(8) Bakar hingga masak.

Setelah masak, keluarkan dr oven dn biar ia sejuk sebentar.

Keluarkan setiap satu kek itu dr loyang. Pastikan ia benar2 sejuk barulah boleh di sapu butter cream atau creamcheese diatas kek. Buatlah pd setiap kek dn tindih setiap satu kek.

Akhir sekali boleh lah ditopping dgn chocolate ganache atau buttercream. hias lah ikut suka anda.

Tuesday, July 3, 2012

EPOK-EPOK SAYUR, SAMBAL SARDIN DAN KELEDEK.

Epok-epok atau tepung bawang adalah dua nama yg berbeza bg sejenis kuih yg sama bg masyarakat melayu dinegeri Johor. Dari kecil sejak dilahirkan memang ini lah panggilan bg kuih yg saya gemari hinggalah suatu hari ketika saya berhijrah keKuala Lumpur dan bekerja disana..kawan2 diofis memesan kuih karipap dgn kakak cleaner yg berniaga kuih muih disitu. Saya yg baru disitu pelik mengapa diorg panggil kuih epok-epok itu karipap sedangkan setahu saya currypuff (karipap) sejenis kuih menggunakan puff pastry yg merekah tu..Rupa2nye itu lah panggilan mereka2 warga kota Kuala Lumpur akan kuih itu..bila saya sebut epok-epok mereka plk yg pelik...so kini epok-epok atau tepung bawang dah semakin lenyap dibibir..bantai lah semua kita panggil karipap. Kalau dulu diJohor kami panggil karipap pusing itu Tembosa pusar.

Sarapan pagi jemput-jemput bawang atau jemput-jemput pisang..kini dah terikut jgk mereka2 menyebut Cekodok!
Apapun jgk kuih2 tradisional ini tak pernah berubah rasa kelazatan dan cara memasaknya..tetap sama..cuma lain orang lain cara..
Disini saya akan tunjukkan cara membuat inti epok-epok sayur yg enak dimakan bersama sos cili.



BAHAN-BAHANNYA:
Bawang besar dihiris
Bawang putih dicincang halus
Udang buang kulit dn dipotong kecil2
Crab stick dipotong kecil2
Kesemua bahan diatas utk ditumis.

Taugeh
carrot sagat atau potong pjg nipis2
cellery potong kecil2 dn nipis
timun jepun disagat
daun sup daun bawang (dlm gmbr diatas x ada)

CARA:
Panaskan kuali, bubuh sesudu bsr minyak (jgn bnyk minyak nanti susah ketika proses mengisi inti dlm doh tepung ia akan melelh minyak).
Tumis semua bahan tumisan, bubuh garam gula, masukkan juga cellery dulu kerana ia agak keras. Bubuh hanya sesudu air (kita xmo ia basah sangat) sekadar mengempukkn cellery itu. Gaul rata
Rasa dulu. Bila rasa bahan2 tumisan dah masak ( udang dn crab stick) bole lah ditutup api lalu terus masukkan sayur2 yg lain kedalam kuali. gaul rata. Ini adalah utk supaya sayur2 itu masih rangup.

Tuang dlm mangkuk dn biar ia sejuk sebentar barulah boleh diisi didlm doh karipap.
Maaf disini saya tidak tunjukkn cilli sos pencicah epok-epok sayur.
Nanti saya akan updatekn .

Ini pula ialah inti sambal sardin.
BAHAN2nya
Cili kisar
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris
1 biji kentang dipotong dadu kecil2
1 tin kecil sardin
3biji limau kasturi
garam
gula

Tumis cili kering kisar hingga garing, masukkan kentang dn sedikit air biar hingga kentang empuk.
Masukkan bawang hiris, garam gula, dn sardin yg telah dibuang tulang dan dihancurkan dgn garfu.
Bila ia agak kering perahkn jus limau. gaul rata. rasa dulu.

Ini pula inti kari keledek.

Bahan2:
keledek dipotong dadu kecil2
sesudu cili kisar
bawang besar/ bwng merah
bawang putih
halia
sedikit rempah kari
sedikit ikan bilis
sedikit udang kering
air
sedikit santan
garam gula

CARA
Kesemua bahan diatas melainkan keledek dikisar.
Tumis bahan kisar, hingga garing, masukkan keledek yg telah dipotong dadu.
masukkan air dan santan. Masak sehingga keledek empuk dan pekat.
Bubuh garam gula. rasa dulu.
Bubuh dalam mangkuk dan sejukkan sebentar sebelum proses mengisi inti karipap dlm doh dan seterusnye proses mengelim karipap.

Saya buat banyak2 dan digoreng sebentar tak perlu garing untk disimpan dalam peti sejuk (jadi karipap segera)
Kalau kita tak goreng dulu dan terus disimpan walaupun kita alas dengan plastik dlm tupperware dn disimpan dlm fridge ia tetap akan melekat apabila kita nk menggoreng nya nanti..Ingat tu!! pekara ini saya telah alami..hehehe..belajar dari kesilapan..

Nanti saya akan tunjukkan satu lg cara buat inti lemak kuning keledek.