Monday, July 9, 2012

RAINBOW CAKE

 Sebenarnya gambar ini adalah kali kedua kek rainbow yg saya buat. Kali ini menggunakan resepi beberapa blogger yg saya follow tp seperti biasa saya tetap akan tambah satu bahan lain iaitu sebuk horlicks..( tetap xmo ikut bulat2 resepi org lain..Maaf ye..saya hanya ikut selera sendiri..sb bg saya kurang enak jika kek itu tiada perasa yg mengenakkn lg kek itu bila dimakan bkn sekadar utk dilihat..


BAHAN2NYA
3 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
4 sudu bsr horlicks
kesemua bahan diatas diayak dahulu.

2 penutup esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar

5 biji telur putih di putar dlm sebuah mangkuk hingga kembang .

250gram butter
1 1/2 cawan gula castor
Kedua bahan ini diputar laju hingga gebu.
Masukkan telur putih yg telah diputar td dn putar lg.


Masukkan tepung td berselang seli dgn susu. Gaul rata menggunakan spatula.
Masukkan esen vanilla.

Bahagikan adunan kpd 6 mangkuk, bagi sama bnyk stiap adunan tepung.  bubuh pewarna stiap satu dn gaul rata.
Tuang setiap satu warna dlm loyang kecil.
Bakar hingga msk.

                                      RAINBOW CAKE KEDUA

 Ini adalah sebahgian dr 6 loyang iaitu 6 adunan warna yg sedang dibakar.


 Setelah kek dikeluarkan dr oven, biarkn sejuk sebentar.
Sapukan dgn creamcheese frosting setiap satu warna.

BAHAN2 CREAMCHEESE FROSTING
1 buku creamcheese philladelphia
80 grm butter
100 grm icing sugar
1 sudu kcl esen vanilla

Putar kesemua bahan diatas hingga putih dn gebu.
Bubuh dlm piping bag dn simpan sebentar dlm peti sejuk sebelum digunakan.
 Setelah kek disapu crmchse dn disusun menjadi 6 tingkat boleh lah ditoppingdgn chocolate ganache.
Gambar kek diatas agak messy skit..hehehe..main ikut suke je..hai mcm ni tak boleh buat miage le..xde sape nk ngoder nye ..
Bila dah buat bersama anak2 mcni le jdnye..


BAHAN2 CHOCOLATE GANACHE
Cooking chocolate
chocolate chips
whipping cream

Buat ikut cara double boiling.

Kali ini dikurangkan skit ketebalannye kek itu berbanding dgn cubaan pertama..dan dilebihkan skit creamcheese.
Potong tak berhati2 itu lah jdnye..




                                         KEK RAINBOW CUBAAN PERTAMA

Bahan2nya;
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
4 biji telur
1 buku butter
setengah cawan susu segar
3 sudu besar horlicks
1 sudu kecil esen vanilla.
1 1/2 sudu kecil baking powder
4 pewarna yg anda suka


CARA:
(1) Ayak tepung bersama baking powder.Gaul horlicks dlm tepung.

(2) Putar butter, masukkan gula sedikit2, putar lg hingga berkrim.

(3) Masukkan telur sebiji2, putar hingga ia kembang dan gebu.

(4) Tuang sedikit2 susu segar berselang seli dgn tepung. ( ketika ini perlahankan speed mixer atau bole digaul dgn menggunakan spatula saje)

(5) Masukkan esen vanilla, gaul rata.

 (6)  Bahagikan adunan kepada 4 mangkuk, warnakan setiap satu dgn pewarna makanan yg anda suka. Pastikan sama rata banyak setiap satu supaya kek itu sama tinggi.

(7) Tuang adunan dlm 4 loyang kecil setiap satu warna.

(8) Bakar hingga masak.

Setelah masak, keluarkan dr oven dn biar ia sejuk sebentar.

Keluarkan setiap satu kek itu dr loyang. Pastikan ia benar2 sejuk barulah boleh di sapu butter cream atau creamcheese diatas kek. Buatlah pd setiap kek dn tindih setiap satu kek.

Akhir sekali boleh lah ditopping dgn chocolate ganache atau buttercream. hias lah ikut suka anda.

No comments:

Post a Comment