Sunday, March 13, 2011

udang laut sweet sour

Udang Laut Sweet Sour
Udang dibersihkan, digunting kaki2 , dibelah belakang dn dibuang kotoran belakangnye.
Cuci bersih, tos.
Goreng udang sebentar dlm kuali, sekejap saje dn ketepikan.

Sedikit cili kering kisar
1 biji Bawang bsr
3 ulas bwng kecil
2 ulas bwng putih
Se inci halia
Kesemua bahan diatas dikisar halus

Cili sos atau Cili sos thai 3 sudu bsr
Tomato sos 3 sudu bsr
1 sudu bsr oyster sauce
1 kiub pati ayam maggie
garam dn gula scukup rase

1. Tumis cili kering dn bahan2 kisar hingga garing.
2. Masukkn garam , dn gula juga kiub aym td. gaul rata
3. Masuk sdikit air (ikut kepekatan mana yg kita suka.
4. Masukkan udang yg telah digoreng sebentar td.
5. Masukkan juga bawang besar sebiji yg telah dipotong bulat juga tomato ceri jika ada, atau tomato buah yg dipotong ikut suka kita.
Setelah digaul rata dn puashati masaknya angkatdn hidang dlm mangkuk dn ditabur daun bawang.


# penggunaan garam dikurangkn jika kita menggunakan kiub pati ayam kedlm masakn kerana ia agak masin.
Bawang yg dipotong bulat dimasukkan ketika penghujung masakan sebelum tutup api.

Sebenarnya masakan ini semua org dah tau ..tp mungkin ade juga yg x tau..maka itu saya share

utk semua yg sudi

## kalau nk lbh rase masam bole dibubuh sedikit sos plum atau air asam jawa atau diperah lemon. Tapi saya hanya suke rase masam dr sos tomato saje..

Udang x perlu buang kulit. hanya buang kaki2 dn sesungut nye yg pnjg, dn dibelah belakangnya menggunakan gunting lbh mudah.

Sunday, March 6, 2011

CREAM PUFF/ ECLAIRS

CREAM PUFF/ECLAIRS
rESEPI NI SAYA DAPAT DR INTERNET ( X INGAT SAPE PUNYA FOTOPAGES) TERIMA KASIH BYK DN CREDIT UTK ORG YG SUDI SHARE RESEPI ITU..

BAHAN2 PASTRY
330 ml air
190 grm mentega/ butter
secubit garam
240grm tpg gandum
9bj telur saiz kecil (saya guna cuma 6 biji saiz sdrhana)
loyang pembakar dialas krts minyak

CUSTARD CREAM
55grm custard pwdr
2bj telur
1 tin susu cair dibahagi 2
225ml air
160 grm gula
stgh sudu mkn butter
esen vnilla

CARA
tuang air, mentega & garam dlm periuk dn jerang atas api hingga didih. tuang tepung gandum kedlm dn kacau dgn segera. masak hingga jadi satu doh yg besar dn tak melekat pd periuk. Tutup api dn biar ia sejuk sebentar. pukul adunan ini sambil dituang telur yg telah dikacau sedikit demi sedikit kedlm doh td hingga habis.
masukkan dlm piping bag dgn menggunakan nozel bintang. Bakar selama 25 minit atau hingga keperangan.
Bila masak, agak sejuk, belah dua tp jgn putus, isi dgn curstard cream.

CARA BUAT CUSTARD CREAM.
Bancuh custard pwdr dgn telur dn stgh tin susu cair. Tapis dn ketepikan
Air, stgh tin lg susu cair dn gula dimasak hingga didih.
Kecilkan api, masukkn bancuhan telur dn tpg custard yg sudah ditapis td.
Kacau selaluhingga peka. Masukkan esen vanilla& butter.
Sejukkan dulu baru diisi dlm puff td.

UTK CHOCOLATE ECLAIRS
Sejukkan custard cream dn ketepikan.
Ammbil 450 grm whip cream dn pukuldgn high speed hingga pekat dn berkilat.
Masukkan custard cream td kedlm whip cream & kacau hingga rata.
Isi dlm kelonsong eclair.
Sapukan coklat cair atas eclairs ygf berinti & tabur badam cincang.
Siap.