Thursday, October 11, 2012

SAMBAL BELACAN APPLE HIJAU DAN MASAK SAMBAL IKAN DORRY




SAMBAL BELACAN APPLE HIJAU DAN LIMAU KASTURI.

BAHAN2NYA

3 biji cili merah
segenggam cili api
sedikit belacan ( agak2 lah)
1 biji apple hijau dibuang kulit dan dicincang atau dadu
3 biji limau kasturi dibelah dua, buang biji dan hiris nipis.
1 sudu kecil gula
secubit garam (tp saya xguna garam sbb belacan dah agak masin)

CARA;
Goreng belacan sbentar, masukkan cili merah dn cili api terus tutup api sebab cili api tu akan meletup2 nanti..
Angkat belacan dn cili dr kuali dn tumbuk lah dalam lesung mcm biasa buat sambal.
Bubuh gula dn tumbuk lg hingga hancur cili itu.
Masukkn apple dn limau kasturi, tumbuk2 lg tp jgn sampai hancur..
Siap! bubuh lah dalm mangkuk kecil dn dihidang bersama ulam ulaman.






MASAK SAMBAL IKAN DORRY.

BAHAN2NYA
Ikan dory (frozen yg dibeli di pasaraya)
ikan ini hendaklah di nyahbekukan dulu..kemudian perap dgn perahan limau nipis atau limau kasturi.

Setelah itu basuh bersih dn dipotong2 kecil2 empat segi agak2 dua inci. Gaul dgn sedikit sos tiram .
1 biji telur dikocak dlm mangkuk kecil.
3 sudu besar tepung jagung- bubuh dalam pinggan gaul dgn sedikit serbuk lada hitam.

Panaskan kuali, bubuh sedikit minyak untuk menggoreng ikan ini.
Ikan yg telah digaul dgn sos tiram td dicelup dlm telur, kemudian gaul pd tepung jagung, masukkan dlm kuali.
Buat lah satu2 hingga habis.
Setelah agak garing, angkat dan ketepikan sebentar.


sedikit cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
serai
(kuantiti bahan diatas terpulang pd anda)
Kesemua bahan diatas dikisar halus.

1 biji bawang besar dihiris
1 biji lada hijau hiris serong
1biji cili merah dihiris serong juga.


Tumis bahan kisar dalam kuali hingga garing, bubuh sedikit air, sos tomato garam dan gula.
Masukkan bawang hiris dn cili hiris td, gaul2 , masukkan ikan dorry td,
Gaul rata, kepekatan kuah ikut selera sendiri.



Friday, October 5, 2012

SAMBAL TUMIS UDANG GALAH


Sambal tumis..
Sambal tumis udang , smbl tms ikan bilis, kerang, sotong..majoriti semua peringkat umur sukakannya..dimakan bersama nasi lemak memang terangkat!!!
Untuk mendapatkan rasa yg lazat sambal tumis itu memang agak sukar..
Meh!saya ajar bagaimana utk buat sambal tumis yg sedap dan tip top ye.. (nak kata perasan sedap tu bole lah jgk..sbb dah terbukti ok!!Ehm..InsyaAllah kalau kita masak dimulakan dgn Bismillahirrahmanirahim..dn doa LAISALAHAMINDUNILLAHIKASYIFA..dn dgn penuh rase kasih sayang utk anak2 dn suami makan akan menghasilkan masakan yg memuaskan hati mereka..Kalau marah2 dn nk cepat2 mmg lah..ofkos bole dimakan tp agak kureng..

Khas utk anak2 ibu dan anak2 buah kusayang..

1.  Cili kering- ambil lah dlm segenggam..dihgunting2 serong supaya biji2cili mudah kuar - direndam dlm air panas supaya ia mudah dikisar. Bila dah lembut cuci dn dikisar halus. ketepikan.

2.  Bawang besar 2 biji di belah dua dn dipotong2.

3.  Bawang kecil (bawang merah) dlm 5 ulas

4.  Bawang putih seulas kecil saja

5.  Belacan sedikit sebesar ibu jari je.

6.  Gula melaka 1/2 cawan

7.  Garam 1 sudu kecil ( atau bubuh sedikit dulu..kemudian nanti rase ye..)

8.  Air asam jawa pekat 1/2 cawan

CARA:
No 2,3,4 dan 5 dikisar halus.
Sediakan kuali bersih..buka api sederhana..
Tuang 1 cawan minyak (buat smbl tumis elok minyak agak lebih sikit supaya sambalnye cantik berkilat.
Bila minyak dah agak panas..tumis cili kering..gaul2 hingga garing sikit.
Masukkan bawang kisar, gaul2 rata hingga sebati dgn cili td..
Gaul2 hingga garing tp bukan hangus ye anak2...
Bila tumisan dah agak garing, bubuh gula melaka, gaul2 lg..
Bubuh garam dan air asam jawa sedikit2 dulu..supaya tidak tercair sambal kita tu..
Kalau nampak terlalu pekat bole bubuh sedikit air biase lg .
Rasa dulu..kalau kurang masin tmbh lah sikit lg garam, kalau kurang manis tmbh lah sesudu kecil lg gula pasir.
Ikut lah citarasa tekak sendiri ye..

Udang Galah:
Ok yg diatas td hanyalah basic sambal tumis..kalau anda mahu taruk udang galah caranya ialah setelah udang galah itu dibersihkan dan dibuang sesungut dan kaki2nye yg halus itu, cuci bersih dn ditoskan (selalunye udang galah tidak dibuang kulit)
Goreng dulu udang itu sebentar jgn lama sgt ok.
Kemudian barulah udang yg telah digoreng itu dimasukkan dalam sambal tumis yg sedang menggelegak didlm kuali, gaul rata. Tutup api ok siap utk dihidangkan bersama nasi lemak.

Ikan bilis:
Begitu juga cara buat sambal tumis ikan bilis..ikan bilis yg telah dicuci digoreng dulu kemudian barulah dimasukkan kedlm smbl tumis.

Sotong kembang atau sotong merah:
Sotong kembang hendaklah dibersihkan dulu buang tulang , cuci bersih dan direbus dulu supaya ia lembut.
Setelah rebus, toskan..potong2 ikut besar mana anda suka.
Masukkan dlm sambal tumis yg sedang menggelegak didlm kuali, biar sekejap ia meresap dlm sotong, gaul rata. siap utk dihidang.

Selamat mencuba!!



SOTONG GORENG SIMPLE


Masakan ini tersangat lah mudah..cepat dan enak!

1.  Sotong dibersihkan dn dibuang dakwat hitamnya. Potong bulat2 spt cincin . Cuci bersih dn toskan.
2.  1 biji bawang besar dibelah dua dan hiris kasar.
3.  2 ulas bawang putih hiris halus
4.  1 inci halia dihiris halus
5.  5 -6 biji cili api merah dan hijau . (bole jgk guna cili merah dn cilli hijau besar yg dihiris serong kasar)
6.  sedikit perahan jus lemon ( xde pun xpe bole diganti dgn air asam jawa 1 sudu)
7.  Garam dn secubit gula.

CARA:
Tumis bahan hirisan, masukkan sotong, gaul rata.
Masukkan cili api atau cili hiris.
Bubuh jus lemon atau air asam jawa, garam dn secubit gula. Gaul rata.
Dah siap!

CHICKEN ROASTED WITH POTATO SALAD



Monday, October 1, 2012

LAKSA NYONYA

RESEPI LAKSA NYONYA

BAHAN2NYA;.
1.  BAWANG BESAR

2.   BAWANG PUTIH

3.   HALIA

4.   CILI KERING

5.   UDANG KERING

KESEMUA BAHAN DIATAS DIKISAR HALUS


6.   SERAI DITITIK

7.   BUNGA KANTAN BELAH DUA DN HIRIS HALUS.

8.  SANTAN

9.  SUSU CAIR

10.  SERBUK KETUMBAR

11.  UDANG HIDUP BUANG KULIT DAN BASUH BERSIH. KULIT DN KEPALA UDANG JGN DIBUANG, BASUH BERSIH DN KISAR BERSAMA SDIKIT AIR. TAPIS AIRNYA UTK DIGUNAKAN DLM KUAH.

12.   SOTONG

13.   TELUR PUYUH

14.   FISH BALL

15.   KIUB AYAM ATAU KIUB IKAN


CARA;

1)   DALAM SEBUAH PERIUK BUBUH MINYAK DN TUMIS BAHAN2 KISAR DGN API SEDERHANA.

2)   BUBUH SERBUK KETUMBAR DAN SERAI TITIK. GAUL SELALU SUPAYA TIDAK HANGIT.

3)   BILA BAHAN TUMISAN DAH AGAK GARING MASUKKAN AIR UDANG TADI, GAUL RATA.

4.   MASUKKAN  BUNGA KANTAN.

5.   MASUKKN SANTAN DAN SUSU CAIR.

6.  MASUK UDANG, SOTONG DN FISH BALL.

7.   BUBUH GARAM, GULA DAN KIUB AYAM ATAU KIUB IKAN.

8.   MASUKKAN JUGA SEDIKIT DAUN KESUM  KEDLM KUAH INI.

KUAH HENDAKLAH DIKACAU SELALU. BILA DAH DIDIH DN CUKUP RASE BOLE LAH TUTUP API.


MEE LAKSA PUTIH ATAU BOLE JGK GUNA MEE KUNING ( CELUR  DGN AIR PANAS)

BAHAN GARNISH

1.  TIMUN DISAGAT

2.  TAUGEH DICELUR SEBENTAR SAJA

3.  LIMAU KASTURI

4.  TAHU KEMBANG POTONG DUA ATAU TAHU BIASA GORENG DN HIRIS NIPIS.

5.  DAUN KESUM DICINCANG HALUS


5.   SAMBAL

BAHAN SAMBAL

SEDIKIT CILI KERING
CILI API
SEDIKIT UDANG KERING
AIR ASAM
NAMPLA
SEDIKIT GULA

KESEMUA BAHAN DIATAS KISAR HALUS.

TUMIS BAHAN DIATAS DLM PERIUK KCL HINGGA GARING.

BUBUH SDIKIT AIR ASAM DN NAMPLA DN SDIKIT GULA.

TAK PERLU GARAM SBB UDANG KERING DN NAMPLA DAH MASIN.