Tuesday, June 28, 2011

Pulut serunding/ pulut urap.

Pulut serunding.
1/2 kilo beras pulut direndam lbh krg 2jam
Setelah itu beras pulut td dicuci dn dimasak dlm periuk dgn sedikit air anggaran separas pulut.
Masak dgn api sederhana supaya tidak hangit. gaul selalu. o ye jgn lupe bubuh sesudu kecil garam.
sementara itu sediakan kukusan. didihkan air kukusan.
Bila pulut itu sudah agak kering airnya (separuh masak), tuang pulut itu kedlm loyang kukusan lalu terus lah kukus.
buka tutup kukusan dn gaul2 pulut itu. tutup lagi sebentar.
bila lihat pulut itu sudah masak, keluarkan dn terus sudukan dlm acuan spt cawan kecil yg dialas dgn sepotong plastik yg dibasahkan utk memudahkan pulut itu keluar dr acuan dn ditelangkupkan keatas pinggan hidang.


Serunding kelapa
1 biji kelapa putih
sedikit cili kisar
5 ulas bwng kecil atau 1biji bwg bsr
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
2 btg serai
1/2 inci lengkuas
2 susu besar udang kering
Kesemua bahan melainkan kelapa dikisar halus.
Dalam kuali bubuh sedikit minyak.
Tumis bahan2 td hingga garing, bubuh garam gula dn juga serbuk kunyit. gaul2.
Masukkan kelapa, gaul rata.
Rasa dahulu bila puashati bole lah ditutup api.
Ikut suka kering atau agak basah serunding itu. ikut la citarasa anda..

p/s bole bubuh kunyit hidup atau kunyit serbuk.

daging goreng smbl tempe.

DAGING GORENG SAMBAL TEMPE.
daging batang pinang
tempe
tahu
kentang kacang panjang
sedikit cili kering
1 inci halia
bawang besar

1. tempe dipotong2 spt membuat smbl goreng.
2. tahu juga dipotong2.
3. kentang dipotong nipis2
Kesemua bahan tadi digoreng dahulu hingga garing.
bubuh dalam pinggan, ketepikan.
daging yg telah dipotong kecil dn nipis2 digoreng juga sebentar.
Sementara itu kisar cili kering bersama halia.
Bila daging sudah agak garing terus masukkn cili kisar kedlm kuali td. gaul2 cili itu bersama daging td, biar ia garing juga, tambah sedikit air asam, garam dan gula.
kacang panjang dipotong2/patah2, bawang besar dipotong bulat atau ikut suka mcmne pun anda suka, masukkn kedalam kuali. gaul2 sbntr.
Masukkan juga tempe, tahu dn kentang yg telah digoreng td bersama. gaul rata. bubuh sedikit kicap, gaul rata. Siap utk dihidang bersama nasi panas atau bole dimakan dgn roti.

Maaf terlupe nk taip air asam dan kicap td....asalkn faham sudah la tu ye..

Friday, May 20, 2011

Red Velvet Cupcakes


Kali ni cuba buat red velvet cupcakes.
masih x mahir lg..bak kate org practise makes perfect..

suke suke buat bfday cake . tak pakar pun lg..

Wednesday, May 11, 2011

APAM POLKA DOTS


APAM POLKA DOTS
Resepi apam ni saya ambil dr internet. kalau nk kongsi nanti saya taip ye..Tunggu....
3 biji telur dr peti sejuk (gred A)
275 grm tepung gandum / superfine
200grm gula halus
140/150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking pwdr
1 sudu teh ovellete
Filling - blueberry or kaya or pape2 yg kita suka
pewarna & essen rose

1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk mixer, pukul kelajuan maxima hingga kembang.
2. Bahagi adunan pd beberapa bhgian, titiskan warna ikut suka.
3. Masukkan adunan dlm piping bag setiap warna td supaya senang prosesnya.
4. Picit adunan dlm paper cup stgh saje, isi inti ditengah2, kemudian tutup smula dgn adunan lg menutupi inti.
5. last skali dot2kn dgn warna pilihan.
6. Kukus segera selama lbh krg 10-15 minit..

Sunday, March 13, 2011

udang laut sweet sour

Udang Laut Sweet Sour
Udang dibersihkan, digunting kaki2 , dibelah belakang dn dibuang kotoran belakangnye.
Cuci bersih, tos.
Goreng udang sebentar dlm kuali, sekejap saje dn ketepikan.

Sedikit cili kering kisar
1 biji Bawang bsr
3 ulas bwng kecil
2 ulas bwng putih
Se inci halia
Kesemua bahan diatas dikisar halus

Cili sos atau Cili sos thai 3 sudu bsr
Tomato sos 3 sudu bsr
1 sudu bsr oyster sauce
1 kiub pati ayam maggie
garam dn gula scukup rase

1. Tumis cili kering dn bahan2 kisar hingga garing.
2. Masukkn garam , dn gula juga kiub aym td. gaul rata
3. Masuk sdikit air (ikut kepekatan mana yg kita suka.
4. Masukkan udang yg telah digoreng sebentar td.
5. Masukkan juga bawang besar sebiji yg telah dipotong bulat juga tomato ceri jika ada, atau tomato buah yg dipotong ikut suka kita.
Setelah digaul rata dn puashati masaknya angkatdn hidang dlm mangkuk dn ditabur daun bawang.


# penggunaan garam dikurangkn jika kita menggunakan kiub pati ayam kedlm masakn kerana ia agak masin.
Bawang yg dipotong bulat dimasukkan ketika penghujung masakan sebelum tutup api.

Sebenarnya masakan ini semua org dah tau ..tp mungkin ade juga yg x tau..maka itu saya share

utk semua yg sudi

## kalau nk lbh rase masam bole dibubuh sedikit sos plum atau air asam jawa atau diperah lemon. Tapi saya hanya suke rase masam dr sos tomato saje..

Udang x perlu buang kulit. hanya buang kaki2 dn sesungut nye yg pnjg, dn dibelah belakangnya menggunakan gunting lbh mudah.

Sunday, March 6, 2011

CREAM PUFF/ ECLAIRS

CREAM PUFF/ECLAIRS
rESEPI NI SAYA DAPAT DR INTERNET ( X INGAT SAPE PUNYA FOTOPAGES) TERIMA KASIH BYK DN CREDIT UTK ORG YG SUDI SHARE RESEPI ITU..

BAHAN2 PASTRY
330 ml air
190 grm mentega/ butter
secubit garam
240grm tpg gandum
9bj telur saiz kecil (saya guna cuma 6 biji saiz sdrhana)
loyang pembakar dialas krts minyak

CUSTARD CREAM
55grm custard pwdr
2bj telur
1 tin susu cair dibahagi 2
225ml air
160 grm gula
stgh sudu mkn butter
esen vnilla

CARA
tuang air, mentega & garam dlm periuk dn jerang atas api hingga didih. tuang tepung gandum kedlm dn kacau dgn segera. masak hingga jadi satu doh yg besar dn tak melekat pd periuk. Tutup api dn biar ia sejuk sebentar. pukul adunan ini sambil dituang telur yg telah dikacau sedikit demi sedikit kedlm doh td hingga habis.
masukkan dlm piping bag dgn menggunakan nozel bintang. Bakar selama 25 minit atau hingga keperangan.
Bila masak, agak sejuk, belah dua tp jgn putus, isi dgn curstard cream.

CARA BUAT CUSTARD CREAM.
Bancuh custard pwdr dgn telur dn stgh tin susu cair. Tapis dn ketepikan
Air, stgh tin lg susu cair dn gula dimasak hingga didih.
Kecilkan api, masukkn bancuhan telur dn tpg custard yg sudah ditapis td.
Kacau selaluhingga peka. Masukkan esen vanilla& butter.
Sejukkan dulu baru diisi dlm puff td.

UTK CHOCOLATE ECLAIRS
Sejukkan custard cream dn ketepikan.
Ammbil 450 grm whip cream dn pukuldgn high speed hingga pekat dn berkilat.
Masukkan custard cream td kedlm whip cream & kacau hingga rata.
Isi dlm kelonsong eclair.
Sapukan coklat cair atas eclairs ygf berinti & tabur badam cincang.
Siap.

Saturday, February 19, 2011

Oreo Truffle

oreo truffle

biskut oreo bnyk mana la yg kita suka ( saya guna yg rase mint- cream dia warna purple)
1 pack cream cheese philladelphia
chocolate chip 1 pack
1 cawan susu segar/ susu cair

Cara;

truffle ni mmg sng xperlu bakar pun..
1. masukkn biskut oreo dlm plastic, ketuk2 dgn rolling pin atau ape2 je la asalkn dia bole hancur.
2. tentu la biskut td x berapa hancur ka? so kita kisar dlm pengisar kering hingga ianya betul2 halus, tuang dlm mangkuk besar.
2. masukkan cream cheese dlm mangkuk yg ade biskut hancur td dn ramas2 lah hingga rata. pastikan semua biskut itu begaul rata dgn cheese td.
4. bulat2kn adunan biskut itu td sebesar guli (sukati le nk besar mana) letak dlm loyang yg dialas dgn kertas minyak (grease proof paper)
5. ssetelah kesemua adunan itu dibulat2kn, simpan dlm fridge sebentar.
6. susu segar dimasak sebentar dgn api yg kecil hingga ia agak didih ( tp jgn menggelegak sgt)
chocolate chips dimasukkan dlm mangkuk, tuang susu kedlmnya. gaul2 hingga kesemuanya larutdn pekat. simpan sebentar dlm fridge.
7. lbh kurang 15 minit kemudian keluarkan bebola biskut td dn chocolate ganache td, golekkn setiap stu dlm chocolate tu dn bole lah dibubuh dlm papercup atau letak saje dlm pinggan atu ape2 je bekas yg kita suka.
8. bole dihias dgn chocolate rice , kacang, atau ape2 yg kita suka..sukati ko la naaak...
9. simpan semula dlm fridge sbelum dimakan.
senang je kan?

Tips
kalau kita buat chocolate ganache (chocolate chips yg dicairkn) td kelihatan agak cair, jgn risau, bubuh sedikit tepung jagung, gaul2 masukn sekejap dlm microwave, gaul2 simpan dlm frige dlm stgh jam, nti dia pekat lah..
saya bubuh sepeket milo 3 in 1 dn 1 sudu serbuk koko juga kedlm chocolate cair td.

ok selamat mencuba..

Tuesday, February 1, 2011

BROWNIES.

BAHAN2;
3/4 buku butter
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 stgh cawan tpg gandum
1 cawan nestum
1 sudu teh baking powder
1sudu teh bikarbonat of soda
12 kpg coklat cloud 9
1 bungkus coklat chips
1 pack besar chocolate cadbury bar
1 cawan serbuk koko
2 bgks milo 3 in 1
2 sudu kecil kopi segera (dibancuh dgn sdikit air panas
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil essen vanilla



CARA MEMBUAT
1. masukkan stgh bungkus chocolate chips , cloud 9, serbuk koko,milo , kopi segera dan susu segar kedlm magkuk dn dicairkan secara double boiling. gaul rata.
2. panaskan oven.
3. kisar butter dn gula hingga kembang.
4. masuk telur sebiji demi sebiji.
5.masuk essen vanilla.
6. tuang coklat cair td kdlm adunan butter berselang seli dgn tepung dn juga nestum.
7.pukul pd kelajuan yg plg perlahan sebentar saja.
8. setelah adunan digaul rata tuang kedalam loyang pembakar yg telah digris atau pd tracing paper supaya mudah dikeluarkan.
9. bakar lah sehingga masak iaitu apabila dicucuk dgn lidi , lidi itu bersih tiad lekat adunan coklat.
10. angkat dn biar ia sejuk sblum di topping dgn choc fudge.

CHOCOLATE TOPPING
stgh bungkus lg dr lebihan chocolate chips td dimasukkan dlm sebuah mangkuk kaca besar.
masukkn juga satu sudu butter,satu sudu serbuk koko, dn chocolate cadbury bar yg dipatah2kn kedlm mangkuk itu.
tuang juga stgh cawan susu segar.
panaskan dlm microwave.
keluarkan sekejap, gaul2 dn masukkn semula sehingga kesemua bahan cair dn pekat spt yg kita kehendaki.
jika kurang pekat bole dibubuh sdikit tpg jagung dn digaul rata.
tuang lah keatas kek td. hias lah ikut suka..

Thursday, January 27, 2011

chocolate chipsmore more n more..

BAHAN2
stgh buku butter
stgh cawan gula halus
stgh cawan brown sugar
1 biji telur
1 stgh cawan tpg gandum
1camca teh baking pwdr
1camca teh soda bikarbonat
1cawan nestum
stgh cawanquaker oats
1camca teh essen vanilla
1 cawan chocolate chips
1cawan badam -digoreng dn cincang
sedikit lemon zest or orange zest (optional)

CARA2:
pukul butter dn kedua2 jns gula td, masuk telur dn pukul lagi .
masuk essen vanilla. kacau rata.
masuk tepung, nestum dn quaker oats, gaul rata.
bubuh orange zest (kulit oren yg disagat) kdlm adunan.
bubuh juga chocolate chips dn badam cincang kasar, gaul rata.

griskan loyang dgn sedikit butter, bulat2kan lah adunan td dn dileperkan sdikit keatas loyang pmbakar. lekatkan sdikit chocolate chips keatasnya supaya kelihatan mewah dgn chocolate chips.
bakar lah sehingga msk. perhatikan selalu supaya bawah cookies itu tidak hangus.

Tips
pastikan oven telah dipanaskan dahulu sebelum mula menyediakan adunan choc chips itu.
adunan td boleh dibubuh 2 sudu bsr serbuk koko jika mahu ia berwarna dn berperisa chocolate seperti gambar diatas.
tlupe; tepung, baking pwdr, soda bikarbonat dn srbuk koko digaul rata dulu kmudian ayak ye..


GETUK UBI MAK KITA..
ubi dikopek dipotong2 dn dibuang tulang ditengah2nya lalu dicuci bersih.
bubuh dalam periuk dn diisi air sehingga menutupi ubi itu td dn direbus bersama dua helai daun pandan dn sedikit garam.
rebus lah sehingga benar2 empuk dn lembek.

gula melaka
sedikit gula pasir
daun pandan
masak kesemua bahan diatas hingga gula hancur.

kelapa parut (yangputih sahaja)
secubit garam
gaul kelapa dn garam hingga rata. panaskan sekejap dlm microwave.

Bila ubi dah cukup empuk buang baki air rebusan yg tggl.
lenyekkn ubi itu atau tumbuk dgn menggunakan anak batu lesung.
masukkan dlm loyang, tekan2 spt nasi himpit.
tutup dgn plastic wrap dn simpan dlm fridge.

Cra menghidang
potong ubi td spt dlm gambar dibawah.
tabur sedikit kelapa dn tuang air gula td.