Sunday, October 17, 2010

BROWNIES CHEESE MARBLE


BROWNIES CHEESE MARBLE.

250gm butter
stgh cawan serbuk koko
stgh cawan milo
8 bungkus coklat cloud 9
badam bakar (cincang)
1 stgh cawan tepung gandum/ tpg kek
1 stgh cawan gula icing
4 biji telur gred B
stgh cawan susu segar/susu cair
1 sudu teh essen vanilla

Cara membuat;
Panaskan oven dahulu ikut kebiasaan suhu oven anda. Cairkan butter dlm microwave skejap, masukkn serbuk koko dlm butter, gaul2 sebati, panaskan juga cloud 9 yg telah dibuka bungkusannya dn dibubuh dlm mangkuk ,dn dipanaskn sebentar dlm microwave supaya ia cair. masukkn dlm butter yg bersama coklat td, gaul2 rata. Put aside. Kisar telur dn gula hingga kembang, tuang coklat cair td (yg ttelah digaul bersama butter td ) kedalam mangkuk adunan telur, tuang tepung sedikit2 sambil terus dikisar perlahan, masuk juga essen vanilla, badam cincang, dn juga susu. kacau perlahan2 (jgn terlalu lama).
Tuang lah adunan kek kedlm loyang pembakar yg telah sapu sdikit butter, dn tlh ditabur sdikit tepung dn diratakan supaya ia tidak melekat apabila hendak keluarkan nti.

bakar lah sehingga masak iaitu apabila dicucuk dgn lidi, dn ditarik keluar lidi itu bersih x terlekat cair kek itu.

Topping
250gm cream cheese philladelphia
1 biji telur
stgh cawan gula

Cara;
pukul/kisar cheese besama gula dn telur hingga kembang.

Setelah brownies itu msk, keluarkan dr oven biarkan kira2 20 minit, bila dah agak sejuk, tuang lah cheese td diatas brownies itu dn ratakan.
sedikit dr adunan coklat td dimasukkn dlm piping bag atau masukkn dlm sekeping kertas yg dibuat spt kon, dn digunting ujung nya sikit utk kita picitkan menjadi lorek spt dlm gambar. lorekkn dgn lidi.

Tips: brownies ini bole juga ditopping dgn cocholate fudge, atau dimkn bersama ice cream atau vanilla custard.

No comments:

Post a Comment