Saturday, December 4, 2010

AYAM GOLEK MADU
















AYAM GOLEK MADU
1 ekor ayam sederhana besar
5 sudu besar cili kisar
bawang merah
bawang putih
halia
serai
lengkuas
jintan halus & kasar
buah keras
kunyit hidup
lada hitam
madu
garam , sedikit santan.

Cara:
Ayam dibersihkan luar dan dalam. cuci bersih dan toskan.
kemudian kukus. ( saya rebus sbb nk ambil airnya utk dimasak pd nasi arab)

Kesemua bahan dikisar , kemudian tumis dlm periuk hingga agak garing, bubuh garam, dan perasa jika suka.
masuk santan pekat dn sedikit air.
Masak hingga mendidih dn pekat.

Ayam td dilumur kuah td di luar dn dalam seluruh badan ayam itu. Letak ayam dalam loyang pembakar atau mangkuk pyrex, tuang madu keseluruh badan ayam menggunakan sudu.
Bakar lah ayam itu dlm oven hingga masak dn agak garing warnanya, terbalik2kn.
lebihan kuah td bole di tuang lg pd badan ayam itu berulangkali sambil dicurah madu lagi keseluruh badan ayam.
teruskan bakar hingga warna ayam keperangan dan garing.
Setelah puashati boleh lah dikeluarkan. ( ayam ini telah dikukus atau direbus dahulu td so tidak bimbang isinya betul2 masak atau tidak- insyaAllah mmg masak dalam nya)

Ketika menghidang, tuang dahulu kuah lebihan ayam itu kedalam mangkuk hidang, kemudian barulah taruk ayam keatas kuah itu. Ini bg yang suka agak berkuah tp jika suka kering hidang lah begitu saja.
Cuba lah..





kelihatan dlm gmbr ini ayam ini agak berkuah kerana keluarga kami tak suke kering2. Anak2 suka yg berkuah.

No comments:

Post a Comment