Monday, September 6, 2010

DHAL TELUR

Siap!


Resepi ini nampak mcm kuah lemak biasa je tp sbnrnya kalau tak betul2 berhati2 membuatnya tak menjadi! Ianya sedap dimakan dgn nasi atau roti biasa atau pun roti canai. Ia tidak pedas tp enak dimakan bersama sambal belacan atau dgn sambal tumis sardin juga ikan kering.Wow! pasti bertambah nasi!

Resepinya:

kacang dhal (direbus hingga kembang)

bawang kecil
bawang putih
halia
sedikit udang kering
sedikit ikan bilis
kesemua bahan diatas diblend melainkan kacang dhal.

kayu manis
cengkih
bunga lawang
pelaga

jintan halus dn jintan kasar direndam dgn air panas sbntar lalu ditapis dn ditumbuk.
bawang kecil dimayang halus untk digoreng (spt jd bawang goreng)

santan
garam
perasa (jika suka)
cili merah dn hijau

kentang
telur

CARA MEMBUAT;
Setelah kacang dhal yg direbus td agak kembang, masukn kentang yg tlh belah 4 atau 6. masukkn juga sedikit air untukkentang itu empuk sedikit.
masukkan bahan kisar dn sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yg diblend bersma bahan kisar td.
masukkan 4 sekawan td iaitu kayu manis, cengkih, bunga lawang dn pelaga.
bila kentang agak empuk masukkan pula santan. gaul rata.
pecah telur dalam cawan sebiji2 dn dibubuh dlm kuah dhal td secara perlahan2 sebiji-sebiji jgn smpai telur pecah dn hancur. letakkan perlahan2. ikut lah berapa bnyk telur yg kita suka tp jgn smpi ia bertindih antara satu sama lain.
kecilkan api dn tutup periuk sebentar.
apabila rasa telur2 itu sudah agak masak, kacau lauk itu perlahan2jgn smpi telur hancur.masukkan cili merah dn cili hijau yg telah dipotong empat tp tak putus setiap satu. ( ini hanya lah sbgai penyeri lauk itu .
kalau nampk kuah itu agak pekat boleh lah ditambah sedikit air. kepekatan kuah ini hendaklah sederhana. Biar ia agak berkuah kerana apabila lauk ini sejuk ia akan memekat dgn sndri.

tumis bawang hiris didalam kuali spt membuat bawang goreng.
jintan halus dn kasar ditumbuk halus.
Apabila bawng yg digoreng td agak hampir garing, masukkan terus jintan tumbuk td kdlm bwng goreng yg masih atas api lalu dikacau2 sebentar. Tutup api.
tuang bahan goreng iaitu bwng goreng bersama jintan2 yg digoreng td bersama minyak yg ada dlm kuali itu kedalam kuah dhal yg sedang mendidih.
terus tutup api. jgn digaul, biar begitu saja.

jangan lupa bubuh garam dn perasa diawal masakn td.
siap!



1 comment: