Sunday, September 5, 2010

LAKSA JOHOR

LAKSA JOHOR.
Spaghetti rebus.(jgn guna jenama San remo -keras)

ikan parang ( stgh ekor)
ikan kembung 1/2 kilo
rebus kedua jenis ikan ini dan diambil hanya isinya saje dn di kisar halus.

udang hidup 1/2 kilo
udang kering dua genggam
ikan bilis dua genggam
kesemuanya direbus dn dikisar juga.

kerisik (elok buat sendiri) 4 sudu bsr
rempah kari ikan 2 peket kecil

2 labu bwg bsr
10 biji bwg kcl
6 ulas bwg putih
lbh krg 4 inci halia

kesmua dikisar

lenngkuas dititik (tumbuk2)

2 batang serai dititik

cili kering kisar dlm sesenduk (ini akan ditumis asing dlm kuali dn akan dituang atau dipanggil tumis darat akhir skali setelah kuah siap masak) setelah tumis cili kisar ini hingga agak garing lalu dituang kedlm kuah laksa td bersama2 minyak tumisan. PERHATIAN; Step ini last sekali ye..bila kuah dah masak .

ikan kurau masin ( dlm dua keping) sikit saja . dibasuh, ketuk2 dgn batu lesung lalu masukn saja dlm kuah laksa yg sedang mendidih. ikan kurau ini juga melazatkan lg kuah laksa ini.

santan.
air.
asam keping

CARA:
1. kesemua bahan rebusan yg telah dikisar dimasukkn kedalm periuk
.
2 .bawang2, bwng pth, halia yg dikisar juga masuk bersama kdlm periuk td.
Masuk juga serai dn lengkuas titik .

3. Rempah kari ikan dn santan juga air dimasukn trus dlm periuk. Masukkn dua keping asam keping.

4. masaklah atas api, gaul2.

5. masukkn kerisik dn ikan kurau masin td. gaul rata.

6. bubuh garam, perasa. ( ingat! kalau kita guna ikan kurau masin berhati2 penggunaan garam kerana ikan kurau tu dah masin)

7. setelah kuah cukup mendidih dan kepekatan kuah ikut citarasa kita dn puas hati, baru lah tumis cili kisar dikuali lain hingga agak garing. tuang terus kdlm kuah laksa itu td.


BAHAN ULAM ULAMAN.
timun sagat atau hiris halus2

taugeh mentah (buang ekor)

daun kesum dan daun selasih petik2 dari tangkai dn dicincang halus

bawang besar hiris nipis2

lobak asin cincang atau potong kcil2

limau kasturi

sambal belacan buat sndri.
lada merah
cili padi
sedikit belacan
kesemuanya digoreng dulu dgn sdikit minyk, angkat, pastu tumbuklah dlm batu lesung.




Dalam gambar diatas tu tak nampak limau kasturi (terlindung).

lobak asin pun tak ada (terlupa nk beli daaa)

ok cuba lah mmg puas hati InsyaAllah!


Tips:
Air rebusan ikan dn udng2 td bole diguna masa mengisar bahan2 tu.
kalau guna ikan kurau masin hati2 bubuh garam.










2 comments: