Wednesday, May 23, 2012

CHEESE CAKE N MINI CHEESECAKE


Resepi mini cheesecake yg saya buat ini sama je dgn resepi cheesecake yg selalu kita buat cuma saya bubuh coklat kinder bueno keldlmnya...anda bole guna ape2 je coklat yg anda suke..spt biase saya suke memandai..hehehe..gunalah kreativiti sendiri..ade bnyk jenis coklat..jika anda penggemar coklat.

Bahan2
biskut disgestives ( bole juga biskut merie atau biskut oreo yg telah dibuang creamnye)
butter dicairkn dlm microwave..( kuantiti butter ini bergantung bnyk mana biskut yg anda gunakan)

Caranya:
biskut itu dihancurkn dlm pengisar kering.
biskut yg telah hancur itu dibubuh dlm mangkuk.
tuang butter cair dn gaul2 rata.
isikan sedikit biskut td kdlm papercup yg telah diletakkn dlm acuan muffin.
tekan2 dn ratakn.
jika hendak menggunakan acuan besar spt dlm gmvr diatas, sama juga prosesnya..iaitu tuang biskut kedasar acuan ratakn dn tekan2 keseluruhn dasar acuan.


Creamcheese
1 kotak creamsheese philladelphia.
1 cawan castor sugar
2 biji telur
1 cawan whipping cream
1 sudu kecil essen vanilla
1 biji lemon diambil sedikit jusnya dn parutan kulit lemon (lemon zest)

Caranya:
Putar creamcheese dn gula sehingga rata dn berkrim.
masukn telur sebiji2. pukul lg.
masukkn whipping cream dgn kelajuan maximum sehingga ia naik gebu dn kembang.
masuk essen vanilla, lemon zest dn jus lemon. pukul sekejap.
gaul rata guna spatula.

adunan cream ini dibubuh dlm piping bag picitkn kedlm papercup td sedikit dulu, kemudian bubuh coklat kinder bueno atau ape2 je coklat yg kita suke (yg telah diptah2 kecil coklat itu) kemudian tuang sedikit lg creamcheese menutupi coklat itu.
Anda bole juga bubuh bluberry, strawberry, atau kaya sebagai filling. terpulang!!
Bakar sehingga msk. suhu oven ikutlah jenis oven msg2.

jika menggunakan acuan besar sma saja kaedahnya.

Selamat mencuba..




No comments:

Post a Comment